Pelik jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bukan ke diorang ni beria - ia sangat memperjuangkan Kebebasan Hak Bersuara?
Kalau betul, kenapa pulak beria - ia sangat diorang nak kecam kenyataan Datuk Dr. Hassan Ali dan juga Ustaz Nasharuddin Mat Isa ni?
Adakah ianya satu kesalahan besar bagi mana - mana pihak didalam Parti Angguk Saja tu untuk meluahkan pendapat mereka terhadap parti?
Apa yang lebih peliknya ialah mereka juga turut mengecam kenyataan Dr. Hassan Ali sedangkan Hassan Ali tu bukan ahli parti mereka dah.
Apa tengkoraknya diorang pecat keahlian Hassan Ali tu dulu? Sekarang kenapa pulak diorang nak marah tak tentu arah dengan apa yang dia nak perkatakan?
Bukan ke diorang tu hanya menggunakan hak mereka untuk bersuara? Takkan la itu pun dianggap sebagai satu dosa besar jugak?
Oh ye. Lupa pulak. Dalam PAS memang ada fatwa mengatakan yang ahli tak boleh tegur parti atau pemimpin parti secara terang - terangan. Hukumnya Haram.
Agaknya, kalau ikut undang - undang PAS, tindakan menegur parti sendiri ni hanya satu tindakan yang sia - sia. Nak pulak kalau tegur Si Nik Aziz tu.
Barang siapa yang buat benda tu, maka diorang ada kemungkinan tidak akan dapat tiket ke syurga. Itu pasal la diorang ni beria - ia sangat kecam Ustaz Nasha dan Dr. Hassan Ali dengan gelaran yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.