Alahai!!! Apa sangat la yang boleh kita katakan kepada Si Husam Kambing ni. Dah memang itu je tahap mentaliti dia dalam Politik.
Hanya semata - mata puak - puak DAPigs di Pulau Pinang tu bagi peruntukan kepada Masjid, pun dia boleh anggap diorang tu baik?
Kalau pihak Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional bagi, kenapa pulak dia tak kata yang diorang jugak baik? Kenapa lain pulak tuduhan yang dilemparkan?
Sebagai contoh, kerajaan bagi BR1M kepada rakyat. Apa tuduhan yang diorang lemparkan? Diorang kata pulak yang duit tu sebagai rasuah.
Tapi, kenapa pulak dalam kes peruntukan kepada masjid ni, Si Husam tu tak anggap ianya sebagai rasuah untuk memancing undi?
Nah!!! Kan nampak sangat bongoknya Si Husam Kambing tu. Jelas sangat sikap Dwi Standard dia dalam Politik ni. Orang dah kata. Kot ye pun dia ni Gila Kuasa, tapi jangan la sampai jadi Munafik!!!
Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, memberitahu sidang DUN negeri Cik Siti Wang Kembang itu bahawa DAP lebih baik dari UMNO.Ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 di sidang DUN Kelantan itu, Husam memuji-muji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalurkan beberapa peruntukan kepada beberapa masjid di negeri Kelantan.Dan hanya disebabkan “peruntukan-peruntukan” itulah maka Husam mendakwa bahawa DAP lebih baik dari UMNO, dari sudut kaca matanya…Begitulah tanggapan terkini Husam Musa, pemimpin PAS yang paling kanan dan paling rapat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai DAP setelah mereka bergabung di dalam Pakatan Haram sejak 2008.Saya tertanya-tanya, apakah hanya kerana peruntukan yang disalurkan kepada beberapa buah masjid di Kelantan itu maka DAP layak dianggap lebih baik dari UMNO?Saya ingin bertanya kepada Husam, apakah dia buta, pekak, tuli atau cacat akal fikirannya untuk menilai tentang sumbangan serta jasa baik UMNO kepada umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman?Apakah Husam tidak dapat melihat bagaimana Islam diimarah dan dibangunkan oleh UMNO secara wasatiyyah serta menepati ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.Jika tidak, takkanlah Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh sehingga banyak negara-negara Islam dunia yang datang untuk belajar dari Malaysia yang diberi gelaran “mini Madinah” di zaman moden ini?Kalau bantuan dan peruntukan kepada masjid-masjid menjadi ukuran, sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP. Malah jasa UMNO yang tidak pernah putus memberikan peruntukan kepada rumah-rumah Allah di seluruh negara membuktikan juga bahawa UMNO jauh lebih baik dari PAS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.