Heran betul la dengan diorang ni. Selama ni, diorang sering mendabik dada mengatakan yang diorang ni semuanya nak menegakkan Islam.
Kononnya diorang kata diorang ni nak melaksanakan Hukum Islam. Tapi sekarang dah jelas yang diorang sendiri pun tak faham mengenai Hukum Islam tu.
Dah berapa kali orang jelaskan bahawa Hukum Islam tu adil. Jadi, bagaimana pulak Hukum Islam ni tak boleh nak dikenakan ke atas orang yang bukan Islam?
Alasan dia bagi mengenai orang yang berzina ni sama sekali tak boleh diterima akal kerana nanti ia akan menimbulkan kekhilafan dalam pemahaman.
Jika orang bukan Islam yang melakukan apa - apa kesalahan tidak disabitkan dengan apa - apa Hukuman sekali pun, dimana Keadilan dalam Hukum Islam tu?
Adakah mereka ni lupa bahawa satu ketika dulu sewaktu zaman Khalifah Umar Al Khattab, Empayar Islam merebak sehingga ke sempadan China?
Dalam empayar Islam itu sahaja mempunyai komposisi manusia yang berbilang kaum dan undang - undang yang digunapakai adalah undang - undang Islam.
Maka persoalannya, adakah ketika itu Islam tidak menghukum mana - mana orang bukan Islam yang melakukan kesalahan seperti berzina? Jawapannya, TIDAK.
Biar pun mereka bukan beragama Islam, kesalahan seumpama tu tetap juga akan dikenakan Hukuman melalui Hukum Takzir atau membayar denda.
Nah!!! Takkan la itu pun diorang tak tau? Benda asas macam tu pun takkan la tak de orang yang ajar? Kalau kena gayanya, macam diorang tu pandai sangat. Tapi, itu pun diorang tak tau, pandai menda kejadahnya!!! Pandai menipu boleh la!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa perbuatan zina tidak diterima Islam walaupun dilakukan oleh golongan bukan muslim.Namun begitu jelas beliau, Islam tidak berkuasa untuk menyekat pasangan bukan muslim daripada melakukan perbuatan zina selagi ia tidak dilakukan secara terang-terangan.“Saya membawa pendekatan Islam, selagi pasangan itu, tidak kira berkahwin atau belum berkahwin, lakukan kesemua kegiatan haram, luar nikah, perhubungan seperti itu dan perbuatan itu dilakukan dalam rumah mereka atau di tempat peribadi mereka, Islam tidak berkuasa untuk menyekat mereka secara moral atau undang-undang.“Selama ia tidak menjejaskan kemurnian dan kesucian dan keharmonian awam, Islam tidak mempunyai dasar moral dalam aspek itu.“Selagi anda menyimpannya, anda boleh melakukan apa sahaja. Zina, apa jua yang haram, selagi ia dilakukan dalam rumah anda, tempat peribadi anda atau apa sahaja, tidak ada sebarang sekatan diperuntukkan dalam Islam,” katanya kepada Antarapos ketika ditemui di Parlimen hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.