Isnin, Oktober 01, 2012



JANJI pukul 11 pagi tapi sampai ke sudah tak muncul-muncul. Amboi, hebat sungguh penangan Emma Maembong, salah seorang pelakon baru yang memang tengah meningkat naik ni.

Minta maaflah sebab Syed tak mengenali sangat pelakon yang tengah naik daun ini. Tapi Syed tahu Emma ada berlakon sebagai Munirah dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang sudah selesai ditayangkan di TV3.

Puncanya Emma ada berjanji dengan wartawan Pancaindera untuk satu sesi fotografi pagi Rabu lalu. Jenuh jugalah jurusolek dan teman wartawan ni menunggu kelibat Emma, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung.

Apa cerita tu? Untuk bersangka baik mungkin dia ada hal kecemasan. Mungkin ada yang membataskan Emma untuk muncul pada hari tersebut tanpa sebarang perkhabaran.

Yang menariknya, tak salah Syed ini bukan kali pertama Emma tak muncul-muncul sebaliknya sebelum ini pun dia ada buat hal yang sama juga. Jadi macam mana tu?

Kalau nak batalkan sesi fotografi sekali pun tak jadi masalah besar. Tak ada salah pun kalau hantar SMS dan cakap tak dapat datang sebab ada masalah. 

Orang pun faham dan tak jadi isu besar. Kalau hilang tanpa khabar berita dan buat orang tertunggu-tunggu tu yang tak berapa nak baik. 

Ps: Tak mengapa Emma, belajar dari kesilapan. Yang penting jangan menyusahkan orang. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan pembangkang tu sudah la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping