Aiseh!!! Apa sudah jadi dengan Si Foolziah Thoron ni? Kenapa pulak dia tiba - tiba beralih arah? Bukan ke selama ini dia jugak yang nak jadi 'Aktivis' alam sekitar?
Jadi, kenapa pulak dia nak keluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan Si Jayakumar yang mewakili Rejim PKR dari Selangor tu?
Si Jayakumar yang merupakan Exco Kesihatan, Kemiskinan, Pekerja Ladang dan Prihatin kata, penyaluran air dari Pahang ke Selangor akan menjejaskan alam sekitar.
Walhal, selama hari ni, memang dah banyak empang dibina untuk menyalurkan air mentah dibina seluruh negara. Tapi, tak de pulak diorang bising - bising.
Kalau tak dibina empang seperti Empang Lakum tu, dari mana pulak bekalan air mentah ni nak diperolehi? Nak ambik air dari dalam tanah macam yang Khalid Gagap cadangkan tu?
Berapa banyak sangat la air dalam tanah tu yang mampu diperolehi? Cukup ke kalau nak dibekalkan kepada rakyat seluruh Selangor?
Kalau dilihat sebelum ini pun, Si Ronnie Liu yang tampil mempertahankan Rejim Pakatan Selangor membawa pihak media ke empang Hulu Selangor dan Empang Hulu Langat.
Kenapa dia nak rujuk bekalan air mentah tu ke kawasan - kawasan tersebut? Bukan ke kawasan itu juga merosakkan alam sekitar seperti yang didakwa oleh Si Jayakumar tu?
Hakikatnya, Si Jayakumar tu sebenarnya dah tak de idea untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang sebelum ni.
Jadi, seperti biasa, terpaksa la dia gunakan alasan yang 'cliche' seperti kerosakan alam sekitar dan sebagainya ni untuk tujuan tersebut. Walaupun ianya tidak dapat diterima akal.
Malah dikalangan pemimpin PKR seperti Si Foolziah pun tak dapat nak terima alasan tu. Inikan pulak nak suruh rakyat yang terima. Sendiri bikin masalah, sendiri tanggung la brader!!! Jangan nak salahkan orang lain pulak!!!
Keengganan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid 'Gagap' Ibrahim meneruskan Projek Langat 2, akan menyebabkan bencana besar kepada rakyat negeri Selangor. Mungkin Kerajaan Negeri Selangor fikir Projek Langat 2 ini lebih kepentingan kepada politik, dari kepentingan rakyatnya.
Atau mereka sengaja tidak mahu ambil tahu, betapa bahayanya keputusan yang diambil oleh mereka.
Walaupun ada diantara mereka tahu, jika Projek Langat 2 ini tidak diteruskan, pada 2016 nanti, akan ada krisis bekalan air bersih kembali melanda negeri Selangor seperti mana yang pernah terjadi dahulu.
Ataupun Khalid “Gagap” dah tahu tahun 2016 nanti musuhnya Azmin bakal menduduki tempat beliau. Biarlah Azmin jawab nanti.. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.