Khamis, Oktober 25, 2012



KUALA LUMPUR: Kerugian RM700 juta kerajaan negeri Kelantan berhubung projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan, Lembah Sireh adalah tanggungjawab Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Nik Aziz sebenarnya tidak mampu menggalas peranan sebagai Menteri Besar ekoran terlalu bergantung kepada timbalannya dan ketua-ketua agensi tertentu yang didakwa hanya ingin mengambil kesempatan di atas kelemahannya dalam pentadbiran. 
 
“Dia (Nik Aziz) ini tidak ada pengalaman dari segi soal pentadbiran, pengurusan, nak berbicara soal pembangunan..dia hanya pandai berceramah agama. 
 
“Seorang Menteri Besar, apatah lagi dalam dunia sekarang ini, dia mesti berupaya mentadbir dari segi pengurusan secara profesional, tahu hal pembangunan. Maknanya sekecil-kecil nak buat longkang pun dia tahu.
 
“Jadi Menteri Besar Kelantan ini tidak ambil kisah perkara-perkara begini. Dia lepaskan kepada timbalan, kepada ketua-ketua agensi tertentu..dan orang-orang ini pula pandai mengambil kesempatan,” tegas beliau.
 
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz juga terlalu asyik berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat Kelantan yang sepatutnya hidup dalam keadaan yang lebih baik.
 
“Yang bertanggungjawab (di atas kerugian tersebut) ialah Nik Aziz sendiri bila terlalu banyak fokus kepada politik, dan sudah dapat kuasa 23 tahun di Kelantan. Kita tengok macam mana dia mentadbir, perkara kecil pun boleh jadi masalah. Jadi macam mana nak mentadbir?
 
“Ini membuktikan betapa lemahnya pengurusan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah Menteri Besar, Nik Aziz,” katanya kepada Antarapos.

Ps: Itu RM700juta yang kita tau dan didedahkan secara umum. Kalau yang tak didedahkan tu, macam mana pulak? Berapa banyak pulak yang hilang?

Pun dia masih lagi nak mendabik dada mengatakan yang dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab? Takkan la bab ini pun dia nak kita semua lupa jugak kot!!! Agak - agak la wei!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping