Masa semakin suntuk. Waktu terus berlalu namun Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim masih lagi tak sedar diri dan terus melengah – lengahkan tindakan untuk mengatasi masalah air di Negeri tersebut.
Jelas, bagi pimpinan Rejim Khalid ini dan juga Pakatan, Politik mampu mengatasi segala – galanya malah mereka sanggup mengenepikan kepentingan rakyat demi kepentingan Politik mereka semata – mata.
Mereka fikir, dengan adanya Politik, mereka akan dapat mempengaruhi dan terus mempergunakan rakyat sedangkan tanpa sokongan rakyat, Politik mereka hanya ibarat sampah yang tidak bermanfaat.
Mana mungkin pemimpin Rejim Pakatan yang sombong dan angkuh seperti Khalid Ibrahim ini mahu tunduk dengan kerajaan Pusat yang hanya ingin membantu rakyat Negeri Selangor keluar dari kemelut kekurangan air.
Tinjauan terbaru yang dilakukan oleh pihak berkenaan baru – baru ini mendedahkan bahawa air di Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu semakin menyusut dan perkara ini semakin membimbangkan.
Menurut Pengarah Komunikasi FOMCA, kebimbangan ini semakin merunsingkan rakyat dan penyelesaian untuk mengatasinya perlu dipercepatkan oleh pihak Kerajaan demi memastikan keperluan rakyat terpelihara.
“Sampai bila kerajaan negeri Selangor mahu berteka-teki mengenai persetujuan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2)?
“Isu ini penting kerana kekurangan air boleh berlaku pada bila-bila masa. Jangan nanti bila air betul-betul tiada baru hendak ambil tindakan, masa itu ternyata ia sudah terlewat,” katanya
Dimaklumkan bahawa takungan air mentah di empangan yang berukuran 600 hektar itu juga menyusut sebanyak 40 peratus dari paras takungannya yang sepatutnya iaitu kira – kira 235 juta meter padu.
Perkara itu cukup jelas namun Rejim pimpinan Khalid Ibrahim masih lagi membutakan mata mereka. Adakah ini tindakan sebuah Rejim yang kononnya sering mendabik dada mengatakan bahawa mereka menjaga kebajikan Rakyat?
Nampak sangat yang puak – puak Rejim Pakatan ni memang tidak mengendahkan lansung mengenai rintihan rakyat yang mendahagakan air. Mereka DAHAGA AIR bukannya dahagakan Penipuan demi Penipuan dari pihak Rejim!!!
Takkan la perkara sebegini pun Rejim Khalid masih lagi nak berlengah – lengah dan banyak memberikan alasan yang bukan – bukan semata – mata demi kepentingan Politik mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.