Ketidak-prihatinan Khalid Gagap ni nampak gayanya sudah ke satu tahap
yang kritikal dimana dia amat memerlukan rawatan segera bagi menangani
masalah air di Selangor.
Sebelum ini, Khalid mahu mengadakan sidang DUN Khas bagi
membincangkan isu tersebut sebelum tindakan yang lebih affermatif diambil bagi
mengatasi masalah air di Selangor.
Tindakan Rejim PKR
yang dipimpin oleh Khalid ni menunjukkan bahawa mereka sengaja mahu melengah –
lengahkan tindakan segera yang amat – amat didahagakan oleh rakyat.
Walaupun isu
tersebut dah dibentang dalan sidang DUN sekali pun, bukannya Rejim PKR pimpinan
Khalid nak selesaikan masalah tu secepat mungkin.
Entah berapa banyak lagi
mesyuarat demi mesyuarat yang hendak dilakukan sebelum tindakan sebenar dapat dilaksanakan.
Kali ini, Khalid
tampil pula dengan cadangan untuk mempertimbangkan kaedah rawatan alternatif
bagi menggantikan rawatan loji yang biasa diguna-pakai di Malaysia.
Kononnya, kata Khalid, rawatan yang menggunakan Teknologi Membran ini akan menjimatkan kos dari membina loji rawatan yang biasa.
Dalam kenyataan
medianya, Khalid menjelaskan bahawa kaedah rawatan ini diimport dari sebuah syarikat yang berpengkalan di Kanada dengan
anggaran kos sebanyak RM 800juta.
Katanya, sistem tersebut mampu mengeluarkan jumlah air sebanyak satu juta liter (1juta) sehari
bersamaan dengan kapasiti yang juga mampu dihasilkan melalui projek loji Langat
2.
Mungkin bagi Khalid,
anggaran RM800juta sudah begitu murah untuk penyediaan loji rawatan tersebut namun adakah dia mengambil kira perkara – perkara
lain?
Sudahkah dia
mengambil kira mengenai kos penyelenggaraan baru yang perlu diwujudkan bagi
memastikan loji tersebut berfungsi dan berjalan seperti biasa?
Berapa lama pulak
nak hantar petugas – petugas tersebut untuk mempelajari selok belok dan kaedah
untuk menyelenggarakan sesuatu yang tak pernah mereka lakukan sebelum ini?
Apa yang jelas,
cadangan Khalid ini merupakan satu lagi langkah untuk melengah – lengahkan
perlaksanaan Loji Langat 2 yang sepatutnya sudah berjalan pada ketika ini.
Rakyat Selangor
bukan mahu teknologi baru dalam penyediaan air di Selangor bagi kegunaan harian
mereka. Rakyat perlukan bekalan air bersih!!! Itu pun dia tak faham ke!!!
Agaknya, bukan
bekalan air tu yang perlu rawatan Alternatif, tapi Si Khalid ni pun memerlukan
rawatan alternatif sebab mungkin otak dia dah rosak!!! Itu pasal la dia suka
bagi alasan yang bukan – bukan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.