Isnin, Oktober 22, 2012


Hek eleh!!! Entah apa - apa la Pengerusi SPR ni. Mudah sangat dia nak menyerah kalah dengan puak - puak Pakatan Pembangkang tu kenapa?

Ada ke dia kata SPR ni takkan mampu dapat jadi Superman dan tau semua benda untuk diselesaikan secepat mungkin. Kalau macam tu, malu la. 

Sedangkan Si Mahfuz Bean tu boleh, takkan la diorang tak boleh kot? Walaupun kelulusan dia setakat cukup makan je dalam SRP, tapi dia mampu jugak jadi Superman. Cuba tengok gambar kat atas tu. Kan ok je dia jadi Superman? Hehehe...
PUTRAJAYA - Di sebalik serangan pembangkang dan beberapa pihak yang terus mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai agensi yang gagal memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan telus, lama-kelamaan ia umpama jerat yang memakan tuan.

Hal ini kerana menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, boleh dikatakan semua tuntutan pembangkang itu bersama-sama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun diperhalusi dan ia akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bahkan katanya, dakwaan bahawa daftar pemilih masih tersangat kotor adalah tidak benar dan mereka harus maklum, agensi itu bekerja keras dari semasa ke semasa untuk membersihkan daftar pemilih.

"Tetapi pembangkang kena tahu juga, SPR bukan Superman.Pembersihan daftar pemilih ini kita buat sepanjang masa. Macam-macam yang kita jumpa.

"Tetapi untuk mendapat daftar pemilih yang seratus peratus bersih adalah mustahil.Tidak ada. Kalau dapat berikan saya contoh di negara mana. Switzerland, Denmak, Finland, tak mungkin," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.

Aziz turut diminta mengulas perkembangan terbaru berhubung satu perhimpunan besar-besaran yang akan dianjurkan Pakatan Rakyat pada 3 November ini.

"Saya berpendapat tunjuk perasaan tidak sedikit pun akan dapat memperbaiki proses pilihan raya. Perbincangan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen adalah yang terbaik dan sangat membantu," katanya.

Perhimpunan itu yang dipanggil Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan sebagai pembukaan kepada usaha terbaru parti itu dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Puak puak pakatan haram jadah ni sudah mengjangkakan mereka akan kecundang dan berkubur pada Pru13 ni, itulah sebabnya mereka akan membuat perhimpunan dan menghuru harakan negara pada 3 November. Soroh sudah bagi green light untuk berbuat demikian sebelum Pru13 ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping