Mungkin bagi pemimpin Penyangak macam Si Khalid Ibrahim ni, manifesto hanya diibaratkan sebagai sampah yang boleh dibuang bila habis digunakan.
Bagi dia, apa yang telah ditulis dalam manifesto Pilihan Raya sebelum ini hanya kata - kata kosong yang tidak membawa sebarang erti.
Sebab itulah dia menegaskan bahawa manifesto ini bukan satu janji yang perlu dipenuhi apabila mereka dapat memerintah kelak.
Dan sebab itu jugak la dia enggan menunaikan janji yang telah dibuat apabila rakyat menuntut janji tersebut semula. Nak pulak berkaitan dengan rakyat ni.
Bagaimana mungkin Si Khalid Ibrahim ni boleh kata bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan sedangkan dia selama ini sering mendabik dada mengenainya?
Bukan ke dia berulang - ulang kali bercakap besar mengenai kemurahan hati Rejim Pakatan yang memberikan air percuma kepada rakyat?
Kenapa pulak perkara tersebut ditunaikan sedangkan yang lain - lain hanya diabaikan begitu sahaja? Adakah itu bukan salah satu daripada manifesto yang telah dibuat?
Jelas, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang jenis manusia yang tak berpegang kepada janji. Mereka pandai cakap, tapi tak reti nak tunaikan.
Jadi, macam mana kita nak percaya dengan janji - janji baru yang ditaburkan oleh mereka walhal janji - janji lama diorang tak mampu nak tunaikan sepenuhnya?
Mungkin sebab itulah KDYMM Tengku Mahkota Pahang mengingatkan agar berhati - hati dalam menegakkan manifesto masing - masing. Kalau tak mampu nak laksana, jangan buat janji yang bukan - bukan!!! Buat mengabihkan masa je!!!
MARAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan setiap pemimpin dan parti politik supaya berhati-hati dalam menegakkan manifesto masing-masing serta diminta berpolitik secara bertoleransi.
Titahnya, apa yang perlu diutamakan adalah pengorbanan mereka untuk kesejahteraan rakyat, agama, bangsa dan negara.
"Setiap pemimpin dan parti politik perlu mengurangkan perbezaan dan mengamalkan politik berasaskan toleransi, jangan berjuang dan berkorban untuk kepentingan diri semata-mata tanpa memikirkan implikasinya terhadap rakyat," titah baginda pada majlis ibadah korban perdana Parlimen Maran di sini hari ini. - SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.