Rabu, Oktober 24, 2012


Bengkak je minah ni bila orang tuduh dia sering dapat tajaan dari seorang Datuk yang dikenali sebagai 'Datuk J'.

Tapi siapa yang yang tak bengkak beb. Kalau datuk tu betul - betul wujud tahan jugak. Ini tidak, setakat diberi nama misteri. Lagi la member tu bengkak.

Jadi, bagi orang yang nak kaitkan Si Tasha Shilla ni dengan 'Datuk J' tu, bagi la nama penuh Datuk tu. Kenapa pulak nak pakai nama singkatan macam tu? Sebab orang pun tak tau sama ada 'Datuk J' tu benar - benar wujud atau pun tidak!!!
Bagaikan sinonim pula apabila isu ditaja oleh VIP iaitu Datuk J ini sering dikaitkan dengan pelakon jelita, Tasha Shilla, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak. 

Bermula daripada episod berparti, tajaan kereta, tarian tiang sehinggakan tajaan majlis “I Love Malaysian Designers” yang diadakan semalam, itu pun turut dikaitkan dengan nama VIP berkenaan.

Isu ini makin dihangatkan apabila ada sumber yang memaklumkan kepada pihak akhbar bahawa Tasha Shilla sering kelihatan berparti bersama rakan-rakannya dengan ditemani Datuk J. 

Diikuti pula dengan dua kemenangannya untuk 2 majlis anugerah berkonsepkan populariti sehingga kemampuannya membeli kereta mewah, semuanya menjadi buah mulut orang ramai.

Tidak melatah, pelakon ini masih kekal senyum menjelaskan isu-isu berbangkit kepada wartawan Ohbulan, semalam.

“Semasa di Brunei, seseorang menelefon saya mempersoalkan isu saya berparti dengan Datuk J. 

Cerita rekaan ini membabitkan keluarga dan rakan-rakan keluarga saya sehinggakan ayah saya turut menyoal akan kewujudan Datuk J yang hangat diperkatakan itu. 

Mengenai isu kereta pula ianya atas bantuan mak cik saya. Tak ada kena mengena dengan tajaan Datuk J. 

Saya harap lepas ni kalau saya beli rumah sekalipun, jangan kaitkan dengan Datuk J lagi.”

Tasha turut menegaskan jika Datuk J yang digembar–gemburkan itu benar-benar wujud, dia sendiri hendak berjumpa dan menyatakan hasrat terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Datuk J kepadanya. 

Sementara itu, Tasha turut memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tak ada kaitan dengan mana-mana Datuk terutamanya Datuk J.

Namun, setiap manusia pasti ada tahap sabarnya. Bagi Tasha, dia kebalkan diri dan tabah menghadapi segala dugaan dalam industri hiburan dengan tenang tanpa melenting. 

Malah, dia kini lebih tumpu pada kerjayanya sebagai anak seni dan akan terus berfikiran positif berbanding berfikiran negatif tentang isu yang diuar-uarkan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping