Ini juga merupakan salah satu lagi khifarah yang Allah berikan kepada kita manusia diatas muka bumi ini. Terpulang la kepada kita untuk menilainya.
Selama ini, Si Khalid Gagap tu sering mendabik dada mengatakan yang dia cukup bagus buat kerja. Semua benda dia tau, semua benda dia buat dengan jujur dan teratur (KONONnya).
Kalau berceramah depan orang ramai, boleh runtuh bumbung dewan dibuatnya dengan cakap - cakap besar dia yang buat itu dan ini.
Ibarat macam orang yang tak ikhlas membantu rakyat, itulah yang telah dilakukan oleh Si Khalid Gagap ni. Dia bantu orang sekadar nak menunjuk - nunjuk je.
Hakikatnya, Si Khalid Gagap ni setakat pandai bercakap je rupanya. Dia bukannya benar - benar jujur nak bantu rakyat atau menyelesaikan masalah mereka.
Cukup sekadar dia dapat mendabik dada dan berbangga diri dengan apa yang dia buat. Dia sibuk nak menjaja diri dia dengan menunjukkan yang kononnya dia tu bagus sangat.
Kalau bagus, kenapa dia perlukan masa dua tahun untuk siapkan kertas putih mengenai penyelesaian isu Hutang Talam Corp dan dibentangkan kepada pihak berkenaan?
Kalau dia bagus, sepatutnya kertas putih tu dah lama siap. Tapi kenapa baru sekarang dia nak bagi kertas putih tu kepada semua orang?
Nah!!! Sekarang, bukan sahaja kertas putih mengenai isu Talam Corp tu sahaja yang tertunggak. Rupanya, penyata kewangan Cabang dia sendiri pun dah lama tertunggak.
Pun dia mengambil masa dua tahun dan perkara tu masih tak selesai lagi. Itu yang dia nak kata yang dia ni bagus sangat? Bagus Kepala Tengkorak dia!!! Bagus menipu rakyat ye jugak. Lagi pun, itu je yang dia tau buat pun!!!
Akbar sinar harian hari ini melaporkan ketidak puasan hati dan mempertikaikan pengurusan dan bidang kuasa jawatankuasa tertinggi PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuai oleh Menteri Besarnya sendiri iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. sehingga kini menurut mereka laporan tahunan kewangan bagi tahun 2010 untuk cabang tersebut masih tidak dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunannya yang berlangsung baru-baru ini.
“(Dalam mesyuarat 2011) laporan ditunda hingga tahun hadapan (2012) sebab ada laporan yang tak betul dan ketua cabang janji untuk buat audit bebas.
“Tapi tahun lepas pun tak buat. Sekarang laporan tahunan dua tahun lepas nak dibawa ke 2013 pula,” katanya ketika dihubungi selepas mesyuarat cabang tersebut. - Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.