Rabu, Oktober 24, 2012


Lewat petang semalam, terbaca la status yang dibuat oleh pelakon drama Vanila Coklat, Izara Aishah yang popular ni dalam laman twitternya.


Kalau kita sekali baca, ternyata luahan tersebut memang ditujukan kepada seseorang. Tapi, siapa pulak yang nak disindirnya dan kenapa?

Persoalan itu hanya Izara sahaja yang mampu nak menjawabnya. Lagi pun, dia mungkin tak tujukan mesej tu kepada sesiapa.

Lagi pun, apa yang dia luahkan tu memang ada betulnya jugak. Kadang - kadang manusia ni memang pelik sikit perangai diorang.

Bila orang buat salah sikit, mula la buat kecaman dan dakwaan yang bukan - bukan. Mula la dituduh itu dan ini. Habis semua benda buruk tu kita je yang buat.

Sedangkan dalam masa yang sama, orang yang dok mencemuh tu tak pulak nak sedar diri. Tak de pulak dia nak berubah jadi orang yang lebih baik.

Tapi ada jugak orang tu berubah jadi baik. Tinggal lagi dia jadi riak dengan apa yang dia buat. Kononnya, dia kata dia baik tu sebab terima hidayah.

Malangnya, bila kita tengok perangai dia, makin hari makin buruk pulak dah. Dia pulak yang lebih - lebih dok maki orang dengan tuduhan yang bukan - bukan.

Padahal, perangai dia dulu pun lagi teruk sampai bercerai berai dibuatnya hanya sebab bersangka buruk terhadap suaminya sendiri.

Sekarang, dia dah jadi juru cakap yang lantang mempertikaikan itu dan ini. Macam - macam fatwa pulak yang dia keluarkan. Dah mengalahkan mufti pulak dah gayanya.

Walaupun ilmu agama dia sangat cetek jika nak dibandingkan dengan Ustaz - Ustaz lain, dia tetap dianggap sebagai orang yang baik. 

Mungkin itu la akibatnya kalau riak dan sombong dengan hidayah yang dia terima. Buat orang makin benci pada dia lagi ada la!!! Tu pun dia masih tak sedar diri jugak!!!

Buat Izara, usah la risau sangat dengan pandangan orang lain ni. Buat je kerja tu asalkan ianya Halal dan tak melampaui batas. Jangan ikut perangai orang tak sedar diri macam tu. Nanti yang rosaknya diri kita jugak!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping