BILA sudah di puncak glamor dan populariti, manusia memang mudah lupa diri dan boleh berubah dalam sekelip mata. Itulah berlaku pada seorang artis popular ini.Sebelum popular dulu, artis itu cukup menjaga nama baiknya kerana dia mengaku cari makan sepenuh masa dalam bidang seni, tapi sekarang bila nama sudah meletup-letup, dia sudah mula berlagak diva dan ‘demand’ hingga menyusahkan penganjur.SS dapat cerita ini ketika bertemu seorang rakan yang terbabit dalam satu program yang dijayakan artis itu.
Kata rakan SS, artis itu sudah bersetuju untuk menjayakan program dua hari berkaitan belia di sebuah negeri, baru-baru ini.Belum apa-apa lagi, artis itu sudah mula ‘demand’ pada penganjur untuk menyediakan satu bilik khas untuknya kerana dia tidak mahu berkongsi dengan artis lain termasuk Pembantu Peribadi (PA). Sedangkan artis lain tak ada masalah pun untuk berkongsi dengan PA masing-masing.
Tidak cukup dengan itu, pada hari pertama program, kata rakan SS, bayang artis itu pun tak nampak untuk menjayakan sesi promosi dijalankan.
Namun, nak dijadikan cerita, ada hamba Allah yang ternampak kelibat artis itu di bilik hotel dan duduk bersenang-lenang di situ.Pada hari kedua program, barulah penganjur nampak artis itu muncul, tapi itupun hanya separuh hari program saja dan selepas itu dia terus hilangkan diri.Sebaik saja program berakhir, seperti biasa, penganjur memberikan ‘token’ (bayaran) yang dijanjikan pada semua artis terbabit termasuklah pada artis itu.Apa yang menyebabkan penganjur bengang, artis itu terus marah-marah dengan pihak penganjur kerana mendakwa bayaran ‘token’ yang diberikan padanya tidak setimpal dengan promosi yang dijayakannya.
Sejak insiden itu, pihak penganjur program juga mengaku serik untuk berurusan dengan artis itu lagi pada masa akan datang.Nasihat SS, semoga artis yang dimaksudkan cepat-cepat sedar diri dan mengikis tabiat buruknya itu. Bagi SS, sifat diva dan ‘demand’ dan ‘suka menimbulkan masalah dengan penganjur itu hanya boleh menjejaskan nama baiknya sendiri. - myMetro
Ps: Ini satu lagi persamaan diantara dunia artis dan juga dunia pemimpin Politik ni. Pantang kena julang sikit, mula la lupa diri. Mula la jadi hidung tinggi.
Sama la macam Si Ketua Penipu tu. Baru diberi laluan untuk bahas pasal Bajet 2013 selama dua jam, dah melayang - layang angan - angan nak jadi Perdana Menteri.
Nak buat Kabinet Bayangan pun terkial - kial, lagi ada hati nak jadi PM? Sedar la diri tu sikit!!! Jangan la asyik suka sangat berangan - angan tak tentu arah ni!!! Tak dapat esok, jangan meroyan sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.