Selasa, Oktober 02, 2012



RAPAT dengan seseorang dan ingin segera menamatkan zaman janda. Barangkali ini percaturan yang sedang dilakukan oleh pelakon Nora Danish ketika ini.

Entah mana silapnya, Nora sering kali dilabel dengan pelbagai gelaran. Ada sahaja cerita baik buruk pelakon ini dilaporkan di akhbar yang cukup melukakan hatinya.

Nora juga pernah dikaitkan dengan pelakon hebat gandingan bersamanya dalam drama Tentang Dhia iaitu Adi Putra sehinggakan Nora telah dilabelkan sebagai perosak rumah tangga orang.

Dakwaan demi dakwaan ditangkis baik oleh pelakon ini sehinggakan dia sendiri lali dan mengambil langkah tidak peduli dengan apa yang dilaporkan selama ini.

“Saya dah masak dengan cerita-cerita dan gosip yang melanda saya selama ini. Saya anggap itu satu dugaan kepada saya dalam membina kerjaya saya sebagai pelakon.

“Saya bukan jenis perosak rumahtangga orang bahkan bukan perampas. Saya tahu apa yang saya lakukan dan jauh sekali untuk melakukan perkara terkutuk seperti yang dikatakan," jelas Nora.

Tambahnya, ketika ini dia sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Kami berdua baru saja berkawan, tidak ada yang lebih. Dia seorang ahli perniagaan dan tidak perlulah saya bercerita lebih kerana kami bukan pun menjalinkan apa-apa hubungan buat masa ini.

“Insya-Allah sekiranya kami berdua mampu untuk teruskan hubungan ke tahap yang lebih lagi, saya akan umumkan, tetapi buat masa ini memang saya dan dia hanya berkawan," katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki tersebut jelas Nora, dia seorang yang kuat dalam pendirian hidup dan seorang yang mempunyai masa depan.

“Saya suka lelaki yang mempunyai masa depan dan bekerjaya. Saya tidak mementingkan kekayaan, kalau kaya sekalipun tetapi tidak pandai untuk menjaga saya itu semua tiada guna.

“Bagi saya, seorang lelaki yang ingin mendampingi saya haruslah mempunyai kerjaya dan matlamat hidup serta cara dia membimbing saya. Itu cukup memadai bagi saya kerana saya mempunyai keluarga dan anak yang sedang membesar," ujar Nora.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping