Ala, apa lagi yang nak dipertikaikan pasal UniSel ni? kan sebelum ni, puak - puak Rejim Khalid Gagap di Selangor tu dah jelaskan.
Universiti Negeri tu merundum sebab salah Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini. Bukannya diorang yang menyebabkan Universiti tu merundum.
Bagi diorang, semua hutang - hutang yang tertunggak sebelum ni bukan masalah diorang. Jadi, kenapa pulak diorang perlu memerah Kepala Lutu diorang untuk selesaikannya?
Biar lantak la dengan hutang tu. Diorang bukannya rugi apa pun. Kalau diorang selesaikan masalah tu, Barisan Nasional jugak yang senang.
Mungkin itu alasan yang akan diberikan oleh puak - puak Rejim Pakatan Selangor ni. Bagi diorang, hutang BN, BN la bayar. Apa pasal pulak diorang yang terpaksa tanggung.
Lagi pun, kalau diorang selesaikan hutang tu, bukannya mendatangkan keuntungan untuk politik diorang. Yang seksanya rakyat. Diorang tak de kena mengena dengan rakyat.
Lagi pun diorang tau, kalau hutang tu selesai sekarang, diorang bukan dapat memerintah Selangor lagi dah lepas ni. Dah memang konfirm yang diorang ni akan kalah.
Malah rakyat Selangor sendiri pun dah muak dengan alasan - alasan yang memperbodohkan mereka. Jadi sebab tu la puak - puak Rejim Pakatan ni buat tak tau. Nanti, lepas Barisan Nasional menang, biar la Barisan Nasional yang selesaikan semua masalah tu!!!
Prestasi kewangan Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (UNISEL) dan INPENS International College (INPENS) merudum sejak 2008.Pada 2010, PIYSB didapati mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus iaitu RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta (2009).PIYSB mencatatkan keuntungan terkumpul pada 2008 sebanyak RM5.9 juta, manakala pada 2009 ia mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM7.59 juta dan RM47.28 juta (2010).Analisis audit juga mendapati jumlah liabilitinya berjumlah RM439.17 juta pada 2010 meningkat sebanyak 15.1 peratus berbanding RM381.58 juta pada 2009.PIYSB adalah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) dengan pegangan saham 100 peratus dimiliki oleh Kerajaan Selangor. PIYSB berpusat di UNISEL Kampus Shah Alam. - SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.