Rabu, Oktober 10, 2012


Fuh!!! Sakan Si Mahfuz Bean ni mengamuk bila dia dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Nasharuddin berkaitan dengan Parti Angguk Saja tu.

Kenapa dia nak marah sangat dengan kenyataan Ustaz Nasha tu? Sebab dia dah terlebih makan cili la. Teguran Ustaz Nasha tu memang kena pada batang hidung dia.

Kata Mahfuz, kenyataan Ustaz Nasha semalam telah mencabar keputusan Majlis Syura apabila mendakwa PAS kini mendahulukan Kuasa dari Islam.

Kononnya, kata Mahfuz lagi, Islam dan Kuasa ni adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan dan sekarang PAS memerlukan kuasa untuk meluaskan Islam.
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.
Apa, selama hari ni, PAS tak mampu ke nak memperluaskan Islam? Selama hari ni, apa yang sebenarnya PAS buat? Ambik contoh di Kelantan pun sudah la.

Apa yang PAS dah buat untuk memperluaskan Islam di Kelantan? Bina masjid pun ada la dua buah. Itu je yang diorang mampu buat?

Sekarang, diorang mendabik dada kononnya berjaya mentarbiahkan puak - puak DAPigs agar dapat menerima Islam dan bersetuju melaksanakan Hukum Islam.

Tapi, nampak gayanya, bukan sahaja DAPigs tak dapat terima, malah penentangan mereka bertambah buruk dari sebelumnya. Sampai tahap nak saman - saman.

Jadi, apa buktinya yang Mahfuz kata PAS selama ini tidak pernah menggugurkan perjuangan mereka sedangkan dia sendiri pun tak de buat apa - apa pun untuk Islam!!! Setakat berjuang untuk diri sendiri tu, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping