Selasa, November 27, 2012


Wah!!! Gila betul puak - puak Parti Angguk Saja ni nak berkuasa ye. Sampai sanggup diorang desak orang lain supaya berbaiah.

Ini la bukti yang menunjukkan bahawa puak - puak Parti Angguk Saja tu sebenarnya bukannya nak memperjuangkan Islam. Tapi, diorang ni setakat nak berkuasa je.

Jika tidak, kenapa pulak diorang nak puak - puak PKR dan DAPigs tu berbaiah seperti mana yang mereka lakukan? Berbaiah macam mana yang nak disuruh diorang buat?

Berbaiah jatuh talak macam yang dibuat dek puak - puak PAS tu jugak ke? Maknanya, kalau ada yang letak jawatan atau keluar parti, jatuh talak dengan isteri? Macam tu?

Itu menunjukkan yang puak - puak Parti Angguk Saja ni sebenarnya tak de keyakinan lansung terhadap parti - parti lain dalam Pakatan Pembangkang.

Selama ni pun, memang sesama diorang wujud sikap saling mencurigai yang cukup ketara. Tinggal lagi, diorang sendiri je yang tak nak mengakuinya.

Sama la isunya dengan pemilihan Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya, PAS memang tak boleh nak terima lansung pemilihan tersebut.

Mereka sendiri pun tak yakin dengan kepimpinan serta ikatan yang wujud sesama mereka. Kalau sekarang pun diorang dah tak yakin dan tak percaya sesama sendiri, macam mana diorang nak memerintah Negara kelak? Alamat jahanam la jawabnya!!!
PARIT BUNTAR - Pas Perak menggesa kepimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PKR dan DAP turut mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap calon-calon pilihan raya yang bakal diketengahkan parti-parti berkenaan di negeri ini bagi mengelakkan senario lompat parti yang berlaku sebelum ini berulang.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, perkara ini pernah dibangkitkan Pas melalui mesyuarat Sekretariat PR sebelum ini dan kedua-dua parti berkenaan berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme bagi mengatasi masalah calon ‘lompat parti’ sehingga menyebabkan Kerajaan PR di Perak digulingkan pada tahun 2009.

Menurutnya, sehingga kini, PR masih belum menemui formula terbaik dalam memastikan calon yang dipilih tidak berpaling tadah dan pihaknya melihat pendekatan ‘baiah’ diguna pakai Pas adalah langkah terbaik.

“Gesaan PKR dan DAP meletakkan satu syarat khas bagi mengelakkan senario wakil rakyat lompat parti berulang amat penting memandangkan krisis rampasan kuasa yang berlaku ke atas PR sebelum ini benar-benar memberi kesan kepada hubungan PR.

“Tidak salah sekiranya PKR dan DAP mengikut jejak langkah Pas dalam mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap setiap calon dan ahli parti bagi memastikan kesetiaan terhadap parti dan lebih utama, rakyat tidak dikhianati individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping