“Saya memang tidak mengenali siapakah dia buat pertama kalinya sebelum menjalani penggambaran filem ‘Sepah The Movie’.
Walaupun pertama kalinya dia BBM saya dan memperkenalkan dirinya ‘Anzalna dari Dewi Remaja’ dan saya terfikir siapakah dia sehingga munculnya dia sebelum penggambaran bermula,”ujar Mamat ketika ditemui dalam siri jelajah promosi filem ‘Sepah The Movie’ di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Dalam filem ‘Sepah The Movie’ apa yang diberitahu oleh Mamat pada GUA ialah kelainan yang ditonjolkan dalam filem ini tidak seperti telemovie atau sepah ‘lalalitamplon’ kerana dalam filem ‘Sepah The Movie’ peranan mereka amat berbeza.
Mereka tidak digandingkan sebagai adik-beradik seperti mana dalam ‘lalalitamplon’ dan Mamat juga begitu teruja kerana dalam filem ini dia dapat menaiki motor ‘scrambler’ untuk melakukan stunt dan watak aksi dalam filem ini
“Dalam filem ‘Sepah The Movie’ saya memegang watak mamat dan kami bukan adik-beradik seperti mana dalam ‘lalalitamplon’dan yang begitu teruja saya dapat naik ‘scrambler’ dalam salah satu aksi dalam filem ini.
Saya sebelum ini tak pernah jatuh, bila buat stunt untuk filem ‘Sepah The Movie’ saya jatuh ketika melakukan watak ‘stunt’ dan agak sakit jugalah.” ujarnya sambil berseloroh.
Mamat juga, menyatakan bahawa idea asal filem ini merupakan idea Jepp, dan dibantu dengan PTV productions untuk menaikkan nama Sepah dan seterusnya filem ‘Sepah The Movie’.
Pengalaman manis yang diperolehi oleh Mamat ketika menjalani penggambaran filem ini adalah ketika dia memasuki kilang buat pertama kalinya. dan penggambaran bagi filem ‘Sepah The Movie’ dijalankan 100% di negeri asalnya, Johor.
Penggambaran ini juga memakan masa selama sebulan berkampung di Johor sehinggakan pada sambutan Aidiladha tahun lepas, mereka bersama-sama beraya di rumah Mamat.
Buat peminat Mamat dan Sepah, jangan lupa untuk ke pawagam di seluruh tanah air pada 29 November 2012 ini, untuk sama-sama menyaksikan filem ‘Sepah The Movie’ yang pasti menjanjikan kelainan buat semua peminat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.