Selasa, November 06, 2012



Sikap berdolak-dalik yang dipamerkan pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu menyebabkan wanita ini kembali terperangkap dalam isu lapuk iaitu berkahwin dalam diam-diam.

Elly didakwa sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada orang kenamaan (VIP) dari sebuah negeri. Nah, sebab itu Elly sengaja melengah isu cincin tunang dengan Azmi kerana sebenarnya hatinya sudah terisi dengan lelaki lain.

Di manakah kebenaran gosip tersebut? Benarkah sandiwara terlupa memakai cincin pertunangan itu adalah senjata untuk mengaburi semua pihak dan menyembunyikan fakta kerana sebenarnya Elly sudah berkahwin?

"Tidak. Elly single seperti sebelum ini. Masih belum berkahwin dengan mana-mana lelaki sekali pun. Semua itu gosip semata-mata. Beginilah, cerita tentang Elly yang orang kata dah berkahwin senyap-senyap ini memang dah lama sangat.

"Sebab itu, apabila timbul lagi, Elly semacam dah kalis. Telinga Elly ini macam dah terbiasa dengan gosip yang tak diketahui hujung pangkalnya. Jadi, Elly anggap gosip itu seperti usikan manja.

"Lagi pun, dah 15 tahun Elly bekerja dalam industri ini. Banyak benda yang Elly lalui. Jadi tak guna Elly nak melatah. Terpulang pada orang lain mahu percaya atau tidak. 

Tapi Elly nak tegaskan di sini yang pengakuan Elly ini bukan sandiwara," bidas penyanyi lagu Sutera Kasih ini berhubung dakwaan mengatakan dia sudah bergelar isteri orang.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan cerita itu tercetus, anak kelahiran Slim River, Perak ini ini mengangkat bahu. Kelihatan riak hairan di wajahnya bagaimana cerita tak baik tentang dirinya boleh tercetus.

"Elly maafkan kepada sesiapa yang mereka cerita ini dan sebarkannya. Elly tak nak sesakkan fikiran Elly untuk perkara tak berfaedah macam ini. Lagi pun memang Elly jenis tak ambil kisah dengan gosip.

"Buatlah sebanyak mana sebab memang Elly tak akan cerita gosip terutama di laman web. Di situ banyak tak betul daripada yang betul. Orang boleh tulis spekulasi macam-macam tentang sesiapa terutama artis tanpa batasan.

"Untuk Elly pula, selalunya ada individu lain bertindak sebagai penapis cerita. Macam rakan terdekat Elly, mereka akan beritahu kalau ada cerita tak betul tentang Elly.

"Itu lagi lebih baik daripada Elly ambil tahu secara langsung apa yang orang cakap tentang Elly bukan?," soal wanita ini yang mengakui tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan hanya menggunakan nombor telefon dan e-mel (elly_mazlein@yahoo.com) untuk urusan kerjayanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping