Jumaat, November 16, 2012


Alamak ai!!! Ni cerita apa pulak ni? Siapa pulak yang tak sampai klimaks dan apa yang membuatkan dia tak sampai klimaks tu?

Cerita siapa lagi kalau bukan cerita puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang memang tak sampai klimaks kalau tak cukup buat fitnah. 

Itu pasal la ada yang meroyan tak tentu arah macam kat bawah ni. Diorang tak puas hati sebab isi kandungan Haramkah tu isinya tak kena dengan aspirasi Islam.

Banyaknya hanya cerita - cerita sensasi dan menjadi batu api memburuk - burukkan orang tak tentu arah. Tapi nak buat macam mana. Memang itu pun fungsi lidah rasmi PAS tu. Kalau tak menipu, macam mana nak laku!!!
KOTA BHARU 15 Nov. - Lidah rasmi Pas Harakah dan portalnya, Harakahdaily dikritik hebat pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas kali Ke-53 di sini hari ini kerana melaga-lagakan pimpinan parti itu dan mempromosikan 'idea sesat'. 
Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, perkembangan terakhir ini jelas menunjukkan bahawa Harakah semakin tersasar daripada asas perjuangannya. 
Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama ahli dan penyokong Pas yang menjadi pembaca setia. 
"Sedikit contoh pemberitaan yang tidak sepatutnya berlaku, pertama dalam isu yang melanda dua bekas pimpinan Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, Harakah sebagai lidah rasmi tidak sepatutnya menyiarkan berita tersebut tetapi Harakah menjadi batu api menyiarkan di muka depan. 
"Beberapa artikel mutakhir ini menyiarkan tokoh yang memberi masalah kepada jemaah, mereka diberi ruang untuk mempromosi idea sesat, bagaimana Harakah yang membawa mesej parti tiba-tiba beri ruang yang cukup besar siap gambar warna warni. 
"Ketiga, ada tulisan diambil sebiji-biji tanpa ulasan seperti mana satu tulisan daripada penulis berbangsa Cina yang dimasukkan dalam blog Lim Kit Siang dan dipetik oleh Harakah, berita ini menghina keintelektualan pimpinan kita," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul mendesak Pas Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar Pas. 
Kamaruzzaman turut mendesak Pas Pusat supaya membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan lidah rasmi tersebut supaya selari dengan dasar parti itu. 
Usul tersebut diluluskan dengan majoriti besar oleh 733 perwakilan dari 172 kawasan yang hadir. 
Kamaruzzaman berkata, sepatutnya Harakah melaporkan berita yang memberi impak positif kepada rakyat. 
"Kita tidak mahu berita yang menghina parti disiarkan, begitu juga sejak akhir-akhir ini wujud berita mengenai Syiah dan kenyataan yang berbeza daripada keputusan parti," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping