Rabu, November 14, 2012


Hek eleh! Tak masuk akal lansung. Ada ke orang nak suruh Si Nurul Izzah tu buat akuan bersumpah. Tak kan dia nak der!!!

Kalau suruh dia buat benda lain, mungkin la dia nak. Itu pun kalau ianya melibatkan penipuan dan dakwaan yang bukan - bukan. Bab tu memang dia hebat la.

Sedangkan Papa dia yang dah terang - terang buat salah hari tu pun masih enggan buat benda tu, inikan pulak nak suruh Si Anak pulak buat benda yang sama.

Lagi pun, bagi Si Nurul Izzah tu, dia bukan buat benda salah pun. Dia setakat memperjuangkan Hak Kebebasan Beragama bagi semua kaum. Termasuk la Melayu sekali.

Jadi, nak suruh dia buat akuan bersumpah memang tak la nampak gayanya. Mati hidup semula pun dia takkan buat punya. Bukan sebab dia tak nak, tapi dia tak tau nak buat. Sama la macam dia jaga Kebajikan Rakyat. Satu Hapah pun dia tak tau!!!
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Ku Amirul Faiz Ku Seman menggesa Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan bersumpah bagi menafikan ada menyebut orang Melayu patut diberi kebebasan memilih agama.

Beliau berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu patut berbuat demikian bagi menyelesaikan masalah yang kini semakin meruncing tersebut.

"Kita meminta beliau untuk membuat pernyataan bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan People should not be compel to adopt a particular religion and this should also apply to Malays. There is no compulsion in religion seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini, 3 November lalu.

"Kenyataan bersumpah ini akan menyelesaikan kemelut yang berlaku, sekali gus dapat membuktikan media arus perdana menyiarkan sesuatu berita bersifat bona fide dan bukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu kenyataan Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini, 3 November lalu, berkata: 
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Ku Amirul Faiz berkata, jika apa yang dilaporkan oleh media dianggap tidak betul, Nurul Izzah diminta menerangkan maksud sebenar yang ingin beliau sampaikan dalam forum tersebut.

"Kami golongan muda dan mahasiswa terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah dan memohon pencerahan daripada beliau dengan segera," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Sesiapa yg menyokong PAS kelak dia akan terhemPAS..

    BalasPadam
  2. Buat apa nk paksa2 dia angkat sumpah biar hukum Allah tu sendiri yg akan sumpah dia..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping