Rabu, November 14, 2012


Fuh!!! Kasar betul bahasa Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya ni ye. Sampai hati dia buat dakwaan bahawa semua penjawat Awam ni macam Monyet.

Kalau sebelum ni, teringat pulak dakwaan yang dibuat oleh Si Foolziah tu terhadap penjawat Awam ni. Dia ibaratkan semua penjawat Awam ni bodoh belaka.

Sebab apa Si Foolziah tu kata macam tu? Sebab semua penjawat Awam ni percaya dengan laporan Pakar IAEA dan juga pakar berkaitan yang menyatakan Lynas selamat.

Akibat kepercayaan itulah yang membuatkan Si Foolziah tu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu ceramah tak berapa lama dulu.

Jadi, tak heran la kalau Ahli MBPJ ni pun sanggup melakukan benda yang sama. Kalau pemimpin pun sanggup buat benda macam tu, inikan pulak anak buah diorang. 

Bila benda tak ikut selera dan memenuhi kehendak Politik diorang, maka macam - macam la dakwaan yang keluar. Itu yang dikatakan Pejuang Rakyat? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Cuepacs menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.
   
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan  mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.
   
"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.
   
"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas... kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini hari ini.
   
Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.
   
Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let’s see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").
     
Omar berkata, ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.
   
"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan ‘monkey’...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang. - Bernama
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. X bek taw kt org monyet... Nanti awk yg jd monyet bru taw! Hehehe...

    BalasPadam
  2. Sedapnya dia cakap pegawai kerajaan 'monyet'...koi tak pelik dia cakap macam tu sebab dia suka auta...mana tidaknya..manusia ini tuhan ciptakan sama saja panca inderanya..maksudnya kita serupa..ada mata, telinga,kaki, tangan dsbnya. Jadi bila si Fernandes ni cakap pegawai kerajaan yang cukup sifat ni'monyet'....dia siapa...MONYET AUTA la....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping