Mungkin ini modus operandi terbaru yang dimiliki oleh puak - puak Pakatan Pembangkang gamaknya. Dah menggelupor, terpaksa la diorang ambik tindakan macam ni.
Yang sebenarnya, diorang ni memang kantoi nak memberi penjelasan dalam isu - isu yang dibangkitkan. Diorang sendeiri dah mula terasa terdesak.
Dalam keadaan macam ni la yang membuatkan diorang terpaksa mencari alternatif lain untuk melarikan diri dari terus diasak. Caranya mudah. Tuduh orang lain.
Tapi, mungkin kaedah tu dah tak mampu nak mempengaruhi minda rakyat sebab rakyat dah nampak diorang hanya sekadar nak melarikan diri.
Jadi, terpaksa la diorang guna cara lain pulak iaitu dengan mencabar pihak - pihak tertentu melakukan sesuatu yang jelas tidak mendatangkan faedah.
Sama macam yang Roonie Liu buat sebelum ini, Si Khalid Gagap ni pun turut menggunakan taktik yang lebih kurang. Dia cabar pulak MCA untuk saman pihak Rejim Pakatan Selangor.
Kenapa dia nak cabar mereka untuk ambik tindakan sedemikian? Adakah dia sendiri kurang yakin dengan penjelasan yang telah diberikan sebelum ini?
Dia ingat MCA tu bodoh ke nak ambik tindakan macam tu. MCA pun tau la taktik dia. Nak suruh saman, tapi nanti yang masuk mahkamah bukan dia.
Si Khalid Gagap tu sedar yang mereka tak mampu nak bertahan lama di Selangor. Kemungkinan untuk mereka tumbang dalam PRU akan datang cukup besar. Itu pasal la dia buat benda yang bukan - bukan macam ni!!! Senang dia nak lepas tangan!!!
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor mencabar MCA terutama Ketua Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman Kerajaan Negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation Bhd (Talam).Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran kepada Barisan Nasional (BN) terutama MCA atau Umno itu bukan sahaja membawa perkara terbabit ke mahkamah malah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ps: Pelik jugak. Kenapa isu Talam ni dimasukkan dalam ruangan Politik dalam Sinar Harian? Isu ni isu Politik ke sedangkan ianya ada kepentingan kepada rakyat? Kenapa tak masukkan dalam ruangan 'Semasa'? Heran kan...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.