Sabtu, November 24, 2012


Hek eleh Si Mamat Pendek ni. Tak boleh blah lansung! Cakap pun merapu - rapu je. Macam mana la dia boleh jadi Pengerusi PKR Negeri?

Hari ni dia keluarkan satu kenyataan yang dilihat hanya semata - mata untuk menjaga bontot Si Ketua Penipu tu sahaja. 

Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri tak yakin dengan Si Ketua Penipu tu. Semuanya berkaitan dengan isu Siapa Yang Layak Jadi PM.

Kononnya, kata Si Fauzi Pendek ni, kenyataan Tun Dr. Mahathir sebelum ini hanya untuk memecah belahkan Pakatan Pembangkang semata - mata.

Dia mendakwa kononnya Tun Dr. Mahathir sendiri masih lagi mempunyai niat untuk menjadi Perdana Menteri sebab masih ada tugas yang belum selesai.

Itu tak pe lah sebab dakwaan puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang semuanya tak boleh pakai. Diorang ni memang dah terkenal sebagai kaki penipu.

Tapi, apa yang menarik perhatian ialah mengenai kenyataan dia yang berikutnya mengenai pendirian puak - puak Pakatan Pembangkang tu terhadap isu ni:
“Yang penting sekarang adalah memburu kemenangan dalam pilihan raya akan datang terlebih dahulu.

“Kami pastinya tidak memilih mereka yang hanya menjaga hak kroni, isteri atau suami sebagai PM,” katanya.
Nah!!! Dia kata, Pakatan Pembangkang tu takkan pilih seorang pemimpin hanya berdasarkan keluarga ataupun kroni sendiri.

Nampak sangat dia ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Yang dia dilantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Pahang ni, atas tiket apa? Atas kredibiliti apa yang dia miliki?

Dia tak sedar ke yang lantikan tersebut hanya sebab dia tu pengikut setia Si Ketua Penipu tu dari dulu sampai sekarang? Itu bukan kronisme namanya?

Kalau betul la yang puak - puak Pakatan pembangkang ni tak akan pilih pemimpin sedemikian, jadi, memang Si Ketua penipu tu tak layak la jadi Perdana Menteri.

Yang dok ada disekeliling dia selama ni pun semuanya kroni - kroni dia jugak. Bukannya orang lain. Itu pun Si Fauzi Pendek ni masih lagi tak sedar diri? 

Tolong la. Jangan la ingat rakyat Malaysia ni semuanya bodoh sangat!!! Orang tau la siapa diorang dan dari mana asal diorang tu. Jangan setakat cakap je tak amalkan Kronisme ni. Buat dulu la kalau berani. Cakap je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping