Selasa, November 27, 2012




MAKIN sampai ke penghujung tahun, makin banyak pula acara besar. Memang tidak terkejar SS nak hadir semuanya. Apatah lagi bertemu dengan rakan-rakan, memang sampai merajuklah mereka tidak dapat ketemu.

Ketika industri seni sibuk dengan anugerah besar yang berderet, SS berkesempatan bertemu seorang rakan yang turut bercerita mengenai perkembangan bidang hiburan tanah air. 

Dalam rancak bercerita, dia pun mengadulah kepada SS mengenai seorang penyanyi lama yang sudah ‘sendu’ tapi mula buat perangai ini. 

Katanya, dia bersetuju untuk membantu artis itu merakamkan semula sebuah lagu hit milik penyanyi wanita berkenaan sebagai buah tangan terbarunya demi membuat ‘come back’ konon-kononnya lah. 

Teman SS bersedia untuk membantu penyanyi itu kerana beranggapan dia pastinya sudah bersedia kembali ke persada seni tempatan selepas bertahun-tahun menyepi.

Tapi lain pula jadinya sewaktu proses rakaman berkenaan berlangsung.
Menurutnya, penyanyi berkenaan bukan saja tidak bersedia sewaktu menyanyikan lagu itu, suaranya seperti sambil lewa saja. 

Teman SS jadi hairan kerana walaupun sudah berkali-kali menyuruh penyanyi itu mengeluarkan suaranya, namun kedengaran seperti hanya berbisik saja, bukan menyanyi. 

Itu satu hal. Katanya, penyanyi itu bukan datang bersendirian tetapi ditemani seorang lelaki yang sudah layak dia panggil ‘pak cik’. Tapi nak kata pak cik, tidak mungkin kerana bukan main lagi masing-masing berkasih sayang. 

Bukan itu saja, penyanyi itu nampaknya hangat-hangat tahi ayam saja datang ke studio pada petang itu kerana sudahlah tidak sempurna nyanyiannya untuk dirakamkan, tiba-tiba dia nak balik cepat pula. 

Alasannya, si ‘pak cik’ berkenaan kena pergi ke tempat lain pula. Alahai! Artis yang hendak buat comeback itu, apa pasal pula kalut nak balik hanya kerana ingin mengekori lelaki itu? 

Pada pandangan SS, mungkin kerana artis itu pun sudah tidak ada hati lagi hendak berada dalam industri seni. Kalau hendak buat ‘come back’ yang sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik tak payahlah. 

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping