Selasa, November 27, 2012


Macam ni je ke standard seorang Menteri Besar? Bila orang ajukan soalan, dia hanya memutar belitkan fakta dan berseloroh tak tentu arah?

Padahal, soalan yang diajukan tu ada kaitan dengan Kebajikan Rakyat. Adakah itu pun dia anggap sebagai satu bahan gurauan semata - mata?

Itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Khalid Gagap ni sebenarnya tak serius dalam isu air di Selagor.

Tak heran la kenapa dia ni cukup takut dan ketar lutut nak turun untuk berjumpa dengan ibu - ibu tunggal yang berdemo depan pejabat SUK tempoh hari.

Nak turun macam mana kalau orang tanya soalan pun dia jawab dengan cara yang paling bangang macam ni. Baru tanya sikit dah menggelabah. 

Tergagap - gagap mulut nak menjawabnya. Kalau begini la caranya diorang memerintah, baik tak payah mimpi nak pegang Putrajaya!!! Buat mengabihkan masa je!!! Memang sah diorang ni tak layak pun nak jadi pemimpin!!!
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Permatang, Sulaiman Abdul Razak mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim “bersandiwara” dengan menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) apabila gagal menurunkan kadar Air Kurang Berhasil (NRW) dii negeri itu.
Sulaiman berkata, kegagalan SYABAS dalam menyelesaikan masalah penurunan kadar NRW adalah kerana Khalid sendiri mengeluarkan surat arahan yang mengarahkan syarikat konsesi air itu untuk membekukan kerja menaik taraf paip air.
 
"SYABAS kurang berjaya menurunkan NRW kerana kerajaan negeri sendiri yang menghalang SYABAS melakukan usaha untuk menurunkan NRW,". 
 
"Ada surat dikeluarkan sebagai arahan rasmi daripada kerajaan negeri supaya membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang khusus kepada menaik taraf saluran air untuk tempoh 2009 hingga 2011, dan 2012 hingga 2014," katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini. 
 
Sulaiman menjelaskan, pada tahun 2008, SYABAS memohon pinjaman sebanyak RM300 juta untuk menggantikan keseluruhan paip di Selangor.
 
"Pada 2008, 2009, SYABAS memohon untuk dapatkan pinjaman sebanyak RM300 juta, wang ini juga telah diberikan kepada SYABAS. Daripada 6000km, SYABAS hanya dapat buat sebanyak 800km sahaja sehingga kini. 
 
"(Ini) halangan-halangan daripada kerajaan negeri yang membekukan, (di mana) secara langsung tidak membenarkan SYABAS melakukan kerja-kerja NRW ini diteruskan oleh pihak SYABAS," katanya.
 
Terdahulu Sulaiman dan Khalid bertikam lidah bersabit isu itu, namun ketika diajukan isu pembekuan itu Khalid enggan menjawabnya dan berseloroh adakah Sulaiman wakil syarikat SYABAS.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Jalan di sekitar shah alam mcm gampang berlobang sana sini, ini ke yg di kata kerajaan yg prihatin? ....mampos la PR memang aki takkan pangkah korang lagi dlm PRU13..4tahun perintah tk nampak apa pun cuma yg aku dgr hari2 prime asset negri selangor satu persatu akan di jual, habis hak org malayoo

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping