DAH lama tidak mendengar sangat kisah ‘panas’ seorang pelakon jelita yang boleh dikatakan semakin menyengat di persada layar perak ini, SS tersentak apabila mendapat perkhabaran mengejutkan mengenainya baru-baru ini.
Awal pagi lagi seorang teman SS yang sedang bercuti menghubungi SS memberitahu terserempak dengan pelakon berkenaan di utara. SS pun tidaklah mahu berprasangka sangat, mana tahu pelakon itu sedang membuat penggambaran di negeri itu.
Tapi teman SS itu dengan yakin mendakwa apa yang baru disaksikannya memang bukan sebahagian daripada penggambaran. Katanya, pelakon berkenaan siap menaiki kereta sport mewah yang nombor pendaftarannya seakan dikenali.
Kebetulan pula, tarikh berkenaan jatuh pada hari perayaan yang bukan menjadi amalan di Malaysia dan menurutnya, pelakon berkenaan ternyata pergi berpesta di sana dengan harapan dia tidaklah dicam.
Bagaimanapun, kalau dah namanya selebriti, ada saja yang menghidu apatah lagi sudah terbabit dengan aktiviti sebegitu.
SS sebenarnya tidaklah begitu hairan pun sebab banyak kali juga pelakon berkenaan dikaitkan dengan isu berparti.
Tapi yang lebih mengejutkan SS apabila teman SS memaklumkan, sebenarnya ada lagi agenda lebih penting pelakon berkenaan ke sana.
Bila dia sebut saja perkataan ‘sempadan’, SS yang mamai pada mulanya, apalagi terlompatlah dari katil.
Katanya, tujuan sebenar pelakon itu ke sana adalah untuk berkahwin rahsia dengan seorang ahli perniagaan yang SS seperti ‘familiar’ juga dengan namanya.
Setahu SS, jejaka terbabit sudah beristeri dan maknanya, pelakon itu jadi isteri nombor dualah?
SS tidak mahu suka-suka hendak mengesahkan andai benarlah perkahwinan yang didakwa kerana jika ia betul, SS rasa pasti akan ada masalah besar bakal menghambat pelakon itu.
Menurut sumber yang memberitahu teman SS lagi, perkahwinan itu memang tidak ada siapa pun tahu melainkan rakan yang turut serta dengan pelakon itu ke sana.
Mengucap SS dengar apabila terfikir jika perkara itu terbukti sahih, pasti bergoncanglah nanti industri. SS pun dah berbuih mulut nak pesan pasal berkahwin ini benda yang baik dan harus dikongsi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.