Haduh!!! Tolong la. Kot kalau tak tau apa - apa, jangan la buat dakwaan yang bukan - bukan Khalid oi!!! Soalan dari Siti Zabedah tu bukan dituju kepada orang Bukan Islam.
Soalan Si Zabedah pada hari tu ialah mengenai orang Melayu dan kebebasan beragama untuk mereka. Bukannya disoal tentang orang bukan Islam.
Kalau ye pun Si Khalid Gereja ni nak menegakkan benang yang basah, biar la kena pada tempatnya. Jangan main ikut sedap hati dia je.
Ada ke dia kata yang Si Nurul Izzah tu nak berdakwah kepada orang Bukan Islam? Berdakwah menda jadahnya kalau dia pun dok pertikaikan pasal Hak orang Islam!!!
Sepatutnya, Si Nurul Izzah ni ajak orang yang bukan Islam tu menerima Islam. Bukannya mempertikaikan hak orang Melayu yang memang dah sedia Islam.
Kalau soalan tu ditujukan mengenai paksaan terhadap orang bukan Islam, tahan la jugak. Ini tidak. Soalan tu memang ditujukan khusus buat orang melayu yang dilahirkan Islam.
Tapi, apa nak heran dengan Si Khalid Gereja ni ye tak. Dia pun memang sama - sama memperjuangkan Kebebasan Beragama ni. Sebab tu la dia sokong penggunaan Kalimah Allah dalam kitab Bible. Yang tu, dia tak kira berdakwah jugak ke!!!
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.
Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.
"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama."Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.
"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.