Nampak gayanya Si Hadi Awang ni dah terjerat dengan apa yang dia luahkan sendiri. Nak tarik balik dah tak boleh dah. Nak tak nak, dia kena jugak lawan.
Itu kenyataan yang perlu ditanggung oleh Si Hadi Awang ni untuk tidak mengecewakan ahli - ahli PAS sendiri. Dia dah cakap. Sekarang, dia kena buat.
Tinggal lagi, Presiden PAS ni memang banyak jugak tipu muslihatnya. Kalau sebelum ini pun, dia banyak jugak main wayang Politik ni.
Sebelum ini dia kata dia dah tak nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi, tak lama lepas tu dia tarik balik kata - kata tersebut.
Alasan yang dia berikan ialah kerana ahli PAS tak bagi dia bersara dari Politik. Namun, itu semua alasan dia je sebenarnya. Bukannya ahli nak sangat pun dia bertanding.
Taktik Si Hadi Awang tu hanya untuk meraih simpati dari kalangan ahli - ahli parti sendiri dan kembali menjadi tumpuan mereka. Dan ianya memang tak boleh dinafikan.
Jelas, apa yang dilakukan oleh Hadi Awang tu ibarat 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Mungkin dia bercakap tapi dia tak fikir impak yang bakal menimpa diri dia selepas itu.
Jadi, sekarang, adakah Si Hadi Awang tu bersedia untuk melakonkan wayang dia untuk sekian kalinya? Adakah dia hanya akan bercakap kosong je pasal nak bertanding di Pekan? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak menetang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam piihan raya umum ke 13, kata penganalisis politik Datuk Zainal Kling.Bagaimanapun, beliau mengingatkan Presiden PAS itu supabeliau mengingatkan Presiden PAS itu tidak mungkir janji kerana orang Islam tidak boleh bercakap bohong.“Jangan sekadar bercakap tetapi apabila tiba masa mengundurkan diri. Jangan bikin politik saja tetapi akhirnya tidak jadi lawan. Orang Islam tidak boleh mungkir janji, kalau kata lawan, dia mesti lawan.“Saya bimbang jadi gimik politik saja,” kata Zainal ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi beliau bertanding di pekan jika diarahkan oleh PAS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.