Ini satu soalan yang ditanya oleh sahabat Semut hari tu; "Sejauh mana puak - puak PAS tu beristiqomah dengan tindakan yang mereka buat?"
Soalan itu merujuk kepada tindakan mereka yang membaca doa KO! BN! dimuktamar PAS baru - baru ini. Adakah mereka akan terima apa sahaja ketetapan yang telah ditentukan?
Mereka mendakwa kononnya mereka ditindas dan dizalimi. Maka sebab itulah mereka berdoa sedemikian moga - moga ianya dimakbulkan.
Tapi, sekiranya merek masih GAGAL merampas Putrajaya seperti mana yang didoakan, adakah mereka akan tetap menerima ketentuan tersebut?
Atau adakah insiden seperti dalam Pilihan Raya Kecil Tenang dulu bakal berulang kembali dimana mereka menunding jari menyalahkan itu dan ini?
Sebelum itu, mereka pernah juga membuat solat hajat dan berdoa agar diberikan kemenangan kepada golongan yang benar. Bila BN menang, kenapa nak salahkan orang lain?
Nah!!! Sekarang pun dah mula gerakan - gerakan untuk menyalahkan pihak - pihak tertentu sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Kalau diorang kalah, diorang akan tuduh la SPR bertindak tidak adil, wujud pengundi yang mencurigakan dan sebagainya. Bukan ke itu tindakan yang menolak ketentuan Allah S.W.T? Pun diorang masih tak sedar jugak ke!!!
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya."Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya. Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja."(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.
bukan salah SPR. Semuanye salah UMNO...
BalasPadamMemang itu yang Anwar nak, kalau mereka kalah mereka akan salahkan kerajaan,SPR dengan mengatakan PRU13 ada penipuan, kemudian anuar akan canangkan kepada dunia, PRU13 ada penipuan dan ini disokong oleh PAS dan DAP. Kemudian perasaan dan simpati rakyat akan diRAIH untuk memberontak lepas mulalah detik pertama igauan ANUAR ingin melihat Melayu dan Malaysia hancur luluh keharmonian yang telah dilalui selama 56 tahun. Keadaan kucar-kacir inilah yang dinanti-nanti oleh anuar. Manakala PAS pula akan tersentak dari MIMPI. Pada masa itu semuanya telah terlambat.
BalasPadamUndi PAS korang akan melepas
BalasPadamUndi Keadilan korang akan terkilan
Undi DAP dia akan ckp dgn korang lantak PIII...tlg sebarkan