Selasa, November 27, 2012



Selepas berminggu-minggu fikiran dia berkecamuk, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Tindakan dia berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan rakyat sebenarnya pelik dan menimbulkan banyak persoalan yang menuntut penjelasan.

Malah dikalangan pemimpin PAS dan PKR juga agak kurang senang dengan tindakan tersebut. Dengan kata lainnya macam dia nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.

Namun, jika dia rasa dengan kaedah ini bakal mengambus isu tersebut dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan, ternyata andaian itu silap sama sekali.

Persoalan besar yang sedang bermain di minda rakyat ketika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa laman portal Merosakkini terkecuali dari tindakan tu?

Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan tu ialah portal Merosakkini yang memang Pro kepada Pakatan Pembangkang.

Dalam artikel yang bertarikh 3 November 2012 menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".

Perenggan pertama artikel itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu di Malaysia ni juga wajar diberi hak untuk bebas beragama.

Dalam konteks negara Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti.

Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Merosakkini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?

Sekiranya isu tersebut hanyalah fitnah, maka langkah yang betul ialah dengan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya dan bukannya bersikap double standard. 

Kenapa pulak kena ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan? Bukan ke itu membuktikan bahawa kebebasan bersuara sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja?

Nah!!! Sudah terang lagi bersuluh. Nawaitu sebenar dia dalam samannya terhadap Utusan hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping