Pergh!!! Parah beb. Memang parah dah puak - puak Pakatan Pembangkang ni rupanya. Dah kering kontang dah gamaknya kantung diorang nak menjawab isu.
Sampaikan diorang terpaksa pulak sebarkan fitnah yang bukan - bukan macam ni. Kononnya, diorang kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor nak letak jawatan.
Berita tersebut disebarkan oleh pencacai - pencacai Pakatan Pembangkang dalam laman Facebook dan dimaklumkan kepada Semut oleh seorang rakan.
Puak - puak Pencacai Pakatan ni buat dakwaan mengatakan yang Ku Nan nak letak jawatan sebab dia yakin Barisan Nasional bakal tumbang dalam PRU yang akan datang.
Dari sumber sah yang Semut dapat melalui Ibupejabat UMNO di PWTC menyatakan yang Ku Nan sedang sibuk menguruskan perihal Perhimpunan Agung UMNO.
Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlansung hujung bulan ni bermula 27 November hingga 1 Disember. Jadi, bila pulak Ku Nan nak letak jawatan?
Kalau betul la Ku Nan yakin yang BN akan kalah, kenapa pulak beliau nak buat kenyataan yang menghentam Pakatan Pembangkang ni?
“Pas yang bertopengkan agama adalah parti serpihan dari Umno iaitu di dalamnya terdiri dari kalangan orang-orang kecewa, menggunakan agama Islam demi untuk kepentingan peribadi, kedudukan dan pangkat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal mempertahankan akidah umat Islam yang ada di sekeliling mereka.“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam,” katanya dipetik Umno-Online hari ini.
Nampak sangat la taktik perang kotor yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang ni membayangkan bahawa mereka kini ketandusan idea. Sampai terpaksa pulak sebar fitnah.
Tinggal lagi, apa nak pelik dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni ye tak. Fitnah dan mengadu domba tu kan dah jadi darah daging diorang. Kalau tak buat fitnah, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya kelak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.