Khamis, November 29, 2012


La ish!!! Takkan la masih ada lagi orang tak tau tentang perkara ni sedangkan seluruh rakyat Malaysia dah sedar mengenainya?

Kalau dulu, boleh la puak - puak Parti Angguk Saja tu nak jadi suara lantang yang memperjuangkan Islam melalui Majlis Fatwa mereka. 

Tapi, sekarang ni dah tak boleh dah. Kalau diorang buat macam mana yang diorang buat dulu, dah tentu - tentu ada pulak yang terbatuk nanti.

Bila ada yang terbatuk tu, korang sendiri faham - faham la kan. Dah tentu puak - puak Parti Angguk Saja tu menggelupor nak membetulkan keadaan.

Maklum la. Sekarang ni kan puak - puak tu bukannya nak memperjuangkan Islam sangat. Diorang lebih mengutamakan Politik dari soal akidah ni.

Jadi sebab itulah diorang hanya mendiamkan diri berkaitan dengan isu Kebebasan Agama ni. Maka perlu la Majlis Fatwa Kebangsaan yang buat kerja. 

Itu pun, masih lagi ada pihak yang mempertikaikannya. Masih lagi ada pihak yang menabur fitnah terhadap keputusan yang dilakukan. Tapi, jika difikirkan dari segi logik, mana lebih baik? Ambik tindakan atau setakat buat - buat pekak je!!!
KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam dicadang membuat satu resolusi berhubung kenyataan seorang anggota pembangkang terhadap isu kebebasan beragama.
Naib Ketua Wanita Umno Cheras, Zurainah Musa berkata, ketetapan itu penting untuk mengelak isu sensitif seumpama itu dibangkitkan lagi.
"Wanita Umno bimbang dengan kewujudan kumpulan tertentu yang menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga boleh mengelirukan fahaman dan menjejaskan akidah umat Islam," katanya ketika membahas usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2012 di sini, hari ini.

Beliau turut menyarankan pembangkang supaya mendalami ilmu agama sebelum membuat sebarang kenyataan mahupun pandangan mengenai perkara itu bagi mengelak kekeliruan.
Menyentuh kepentingan menguasai bidang kemahiran dalam persaingan mendapatkan kerja, Zurainah turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran memperluas pendidikan vokasional dengan mewujudkan lebih banyak bidang baru.d
"Justeru, Wanita Umno mencadangkan penubuhan lebih banyak kolej vokasional bagi memastikan modal insan yang dijana melalui sistem ini dapat diterima dan terus bekerja dengan industri berkaitan," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Jelebu Zuraidah Mohd Zin ketika membahas usul ucapan dasar ketua wanita, mencadangkan pendekatan sistematik, kreatif serta penggunaan teknologi maklumat diaplikasi dengan lebih meluas untuk mendekati pengundi khususnya generasi muda.
Beliau berkata tidak dinafikan pergerakan itu mempunyai 'taring' tersendiri dalam menambat hati pengundi, namun perubahan lanskap politik menuntut keperluan anjakan paradigma dalam membantu parti mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping