Berita Pahang

Khamis, November 29, 2012


Pergh!!! Sampai tahap itu ke anggapan Si Khalid Gereja tu terhadap pemilik salon gunting rambut yang kena saman dengan pihak berkuasa di Kelantan tu ye.

Apa bangang sangat Si Khalid Gereja ni sampai dia ingat pemilik salon tu tak tau nak mohon lesen jenis apa. Dan kenapa dia nak salahkan pemilik salon tu pulak?

Sepatutnya, sewaktu pemilik kedai tu memohon lesen dengan pihak PBT, pihak PBT tu la yang kena buat cadangan agar dia memohon lesen Unisex Salon.

Tapi kenapa pihak PBT tu tak buat sedemikian? Kenapa dia luluskan jugak lesen untuk salon tersebut? Takkan la benda macam tu pun Si Khalid Gereja ni tak tau kot.

Tolong la. Jangan la ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat Khalid oi!!! Semua orang pun boleh fikir macam tu. Nak laksanakan undang - undang, itu hak diorang la.

Yang paling menghairankan kita ialah kenapa pulak ada orang luar nak sibuk - sibuk dalam urusan pentadbiran Rejim PAS Kelantan tu? 

Apa pulak hak Si Karpal Whilchar tu sampai puak - puak PAS tu terpaksa cari jalan penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan oleh dia sebelum ini?

Nah!!! Sekali lagi puak - puak PAS tu membuktikan bahawa mereka benar - benar hanya Pak Angguk Saja. Pantang Si Bapak Kafir Harbi tu batuk, menggelupor diorang nak kena cari alasan yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM: Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menyalahkan pengusaha salun bukan Islam di atas tindakan Majlis Bandaraya Kota Bharu, Kelantan mengeluarkan lebih 10 saman bagi kesalahan memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad mendakwa tindakan saman itu berpunca daripada keengganan pengusaha salun berbangsa Cina itu memohon lesen unisex daripada Majlis Perbandaran. 
 
"Saya ingat masalahnya ialah orang bukan Islam di sana tidak buat permohonan secara rasmi dan hanya ditimbulkan sekarang. Kalau telah lama dipohon, saya rasa tiada masalah bagi pihak PBT.
 
"Sekarang ini dia tidak tulis (tanda) yang itu kedai rambut yang bukan unisex. Sesekali ada pelanggan lelaki yang datang. Jadi bila ada pelanggan datang, terpaksa layan. Mungkin perempuan Melayu Islam yang membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), lalu dikeluarkan saman," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.
 
Khalid tidak merujuk kepada hakikat bahawa lesen untuk salun unisex di Kelantan dibekukan hampir dua dekad lalu.
 
Pelbagai pihak sebelum ini berkata peraturan itu yang berasaskan hukum syariah tidak harus dikuatkuasakan terhadap pengusaha dan pelanggan bukan Islam. 
 
Bagaimanapun segala bantahan yang dibuat itu ditolak oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bertegas menguatkuasakan larangan itu, tanpa mengira agama atau bangsa.  
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. er ... lesen unisex salon adalah "menghalalkan" untuk perempuan pegang dan potong rambut lelaki ... gitukah ... tidakkah lesen unisex salon ini bercanggah dengan undang-undang moral islam ... apa komen korang ...

    BalasPadam
  2. Macam ni ke Pas nak mentadbir negeri..masalah didalam negeri sendiri pun PAS Pusat kena menyelesaikannya..so mana perginya peranan exco..mb di negeri tersebut..kes yang sama berlaku di Kedah MB kena pantau oleh PAS pusat kah kah kah..patut laa PAS cuma layak jadi pacacai..barua..kuli batak dan samseng upahan daripada DAP dan nuar brahi je

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Lain

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping