Ahad, November 11, 2012


Kalau sebelum ini, kecoh puak - puak Pencacai Pakatan Haramjadah tu buat bising pasal isu MB Pahang ajak orang Asli bergaduh depan Pejabat Menteri Besar.

Yang sebenarnya, diorang ni dah hilang akal untuk dijadikan isu. Agenda asalnya nak mengapi - apikan masyarakat Orang Asli.

Kononnya, diorang nak tuduh MB Pahang ni tak ambik berat terhadap masyarakat orang Asli. Jadi, sebab itu diorang buat demo depan Wisma Sri Pahang tempoh hari.

Tapi, bila MB Pahang muncul dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kawasan Luar Bandar, dah diorang hilang punca.

Nak tak nak, terpaksa la tabur fitnah kononnya MB Pahang ajak orang Asli ni bergaduh sedangkan isu utamanya ialah berkaitan dengan orang Asli tu sendiri.

Nah!!! Tak sampai sebulan sejak insiden tu berlalu, MB Pahang muncul dihadapan orang Asli di Sungai Gapoi dan memaklumkan Kerajaan Negeri dah luluskan 19ribu hektar tanah.

Yang lain - lain masih dalam proses. Apa lagi yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni nak kata melainkan hanya menitiskan air mata melihat agenda mereka nak menghasut orang Asli ni tak tercapai!!! Itu yang diorang kata nak membela rakyat? Ciet!!! Pigidah!!!

BENTONG – Sungguhpun golongan minoriti namun masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dinafikan hak mereka, termasuklah dalam pemilikan tanah.

Sehingga kini, 18,915.76 hektar atau kira-kira seperempat daripada keluasan daerah Cameron Highlands (seluas 71,200 hektar), telahpun diluluskan sebagai tanah Orang Asli.

Ini termasuk kira-kira 5,361.74 hektar telah diwartakan, antara lain meliputi tanah hakmilik individu seluas 1,084.59 hektar serta tanah persekutuan seluas 31.76 hektar yang diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membangunkan prasarana seperti pejabatnya.   

Selebihnya, kira-kira 13,554.02 hektar telahpun Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yakni Kerajaan Negeri luluskan, tetapi masih dalam proses untuk mewartakannya.

Pun begitu, ada kira-kira 36,825.99 hektar tanah yang dipohon oleh Orang Asli tetapi belum diluluskan. Jika diluluskan bermakna, kira-kira 55,741 hektar tanah di negeri ini dimiliki oleh Orang Asli atau hampir-hampir seluas daerah Cameron Highlands. - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping