Khamis, November 08, 2012


Pemimpin-pemimpin Pas terutama daripada golongan ulama digesa mengeluarkan pendirian berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Pas tidak seharusnya berdiam diri apabila rakan sekutunya itu membuat kenyataan sedemikian lebih-lebih lagi isu yang disentuh melibatkan maruah Islam.

“Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, maka mereka perlu mengeluarkan pendirian apabila tercetusnya kontroversi melibatkan Islam.

“Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu terkeliru sehingga akidah mereka boleh terpesong," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya Sabtu lalu mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Ps: Setakat ni yang memberikan respon hanya beberapa orang sahaja. Itu pun yang menentang keras kenyataan Si Nurul Izzah ni.

Tapi, dalam dua tiga orang tu pun, ada jugak pemimpin PAS yang kata bahawa kenyataan dia telah dimanipulasikan oleh pihak media.

Manipulasi apanya. Kalau dah nadanya menentang, menentang la jugak. Ke diorang menyokong kenyataan Si Nurul Izzah tu? 

Boleh Melayu di Malaysia ni tukar agama sedangkan mereka semua beragama Islam? Bak kata Hadi Awang, "Kita kena tunggu dan lihat...". Jadi, itu je la dakwah yang PAS mampu buat!!! Tunggu dan Lihat je la!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Mana berani pemimpin PAS buat komen sedangkan didalam forum tersebut yang duduk disebalah nurul Izah pun salah saorang Lobai PAS..melayu PAS sekarang ni teluq dah dipegang oleh DAP dan Nuar brahi kalau bersuara nanti pulus tak masyuk..cuba perkara ni diluahkan oleh pemimpin UMNO..(tak perlu berucap tapi cuma hadir sahaja) maka berduyung-duyung laa pacacai,barua dan kuli batak PAS membuat bantahan sehingga sanggup berdepan dengan tembakan air daripada FRU serta sanggup tidur diatas jalan.

    Lihat sahaja bagaimana mereka membuat bantahan terhadap presiden MCA berkenaan dengan hudud tetapi dalam masa yang sama mereka senyap pabila kit siang anak branak serta Karpal singh secara berterusan mengutuk hudud PAS dengan alasan kit siang dan karpal singh kapir tak faham islam..lihat lah betapa hipokriknya melayu PAS kononnya berjuang untuk agama tetapi hakikat sebenarnya mereka berjuang untuk kepentingan diri sendiri serta tamakkan kuasa sahaja..

    BalasPadam
  2. Sorry to say...
    PAS dan PKR ibarat telur di hujung tanduk...
    langsung tiada konsisten menjaga maruah agama Islam.
    Ba-bye PKR dan PAS.
    depa ni cuma jaga telur masing-masing jangan samapai telur depa nampak macam telur nuaq jer..

    BalasPadam
  3. Ulamak PAS semuanya takutkan Anuwar dari takutkan soalan kubur nanti! Masing masing takut kena pancung. Mereka pentingkan jawatan walaupun terpaksa telan kemungkaran! -RSO

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping