Jumaat, November 16, 2012


Sudah tentu kita masih ingat insiden yang berlaku sewaktu berlansungnya Perarakan Bersih 3.0 yang lalu. Banyak perkara yang telah berlaku.

Salah satunya ialah insiden dimana Unit Amal PAS sendiri mengeluh apabila mereka diarahkan untuk berkawal dikawasan Occupy Dataran pada waktu malam.

Pada mulanya, tugas mereka adalah untuk mengelak kawasan tersebut diserang oleh gengster atau orang - orang luar. Tetapi akhirnya, lain pulak yang berlaku.

Mereka kesal melihat kelakuan peserta Occupy yang sengaja mengambil kesempatan melakukan maksiat sedangkan mereka tidak mampu untuk lakukan apa - apa.

Dari segi pemakaian peserta Occupy yang menjolok mata juga turut menjadi satu keluhan. Itu belum cerita yang tidur bercampu lelaki dan perempuan dalam satu khemah.

Soal sembahyang bang tak payah cakap la. Masing - masing pun faham sendiri. Walaupun Masjid Jamek dekat, tapi ada saja alasan peserta bagi untuk meremehkannya.

Jadi, tak heran la kenapa Pemuda PAS dilihat agak keberatan untuk terus mengadakan Himpunan BERSIH 4.0 dalam masa terdekat. 

Tapi, nak jaga air muka punya pasal, diorang bagi la alasan kononnya Perhimpunan tu menganggu jentera untuk menghadapi Pilihan Raya. Nak 'Cover Line' mesti cemerlang brader!!! Kalau tidak, macam mana nak jadi Penipu Rakyat!!! 
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara menolak usul mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan BERSIH 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat dalam menuntut pilihan raya yang bersih.

Keputusan itu dibuat setelah mendengar perbahasan daripada seluruh perwakilan pemuda PAS yang hadir dan hanya segelintir sahaja yang bersetuju untuk mengadakan himpunan itu.

"Maka dewan Pemuda PAS sebulat suara untuk menolak usul bagi mengadakan Himpunan Bersih 4.0," kata Timbalan Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari.

Perbahasan usul tersebut dibangkang oleh perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini yang meminta agar himpunan itu ditangguhkan.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bagus lah kalau saperti apa yang dikata..baru sedar ke diri dijadikan barua..pacacai dan kuli batak kepada pemimpin yang gila kuasa..tau kah kalian setiap kali kalian berhimpun menjadi samseng jalanan beratus ribu rakyat di kawasan KL menyumpah akan perangai kalian sebab mengganggu kehidupan seharian mereka untuk bersosial, beriadah bersama keluarga dan mengganggu perjalanan warga kota ketempat kerja..pemandu teksi tak boleh bekarja dan para peniaga terpaksa menutup premis mereka..

    Selama ini kalian syok sendiri bila dapat mengerah warga luar dari KL membuat onar dikotaraya tetapi warga kota yang menanggong kesan nya..orang ramai bukanya memuji tindakan kalian tetapi kelibat kalian disumpah seranah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping