Memang betul la puak - puak Pakatan Pembangkang ni setakat tahu bercakap je. Tapi, bila suruh buat, satu hapah pun diorang tak mampu.
Konon diorang kata diorang 'Telus' dan sedia terima teguran. Tapi, kenapa pulak diorang halang orang dari nak bersuara bila tiba waktunya? Kan pelik tu?
Kalau betul la puak - puak Parti Angguk Saja tu sedia untuk membuka ruang bagi setiap perwakilan bersuara dan menegur pemimpin, kenapa Ustaz Nasha tak dijemput?
Sepatutnya, Ustaz Nasha ni perlu diberi peluang dan ruang untuk bersuara serta menegur pemimpin PAS dalam Muktamar mereka supaya ianya menjadi panduan kepada parti.
Tapi, disebabkan dia lantang mengkritik parti, dia tersingkir dan tidak dijemput lansung untuk menghadiri Muktamar kali ini. Itu ke yang dimaksudkan dengan 'Keterbukaan' dalam PAS ni? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Pemimpin kontroversi PAS Nasharudin Mat Isa dijangka tidak akan menghadiri muktamar ke-58 parti itu yang akan berlangsung di Pengkalan Chepa, Kelantan bermula esok.Memetik sumber Berita Harian, bekas Timbalan Presiden parti Islam itu kini telah berada di luar negara sejak Ahad lalu bagi menghadiri undangan rasmi yang dikatakan telah diterimanya lebih awal.Namun menurut sumber itu, tindakan ahli tidak menghadirkan diri ke muktamar atas urusan lain dianggap sebagai perkara biasa."PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai bnak ambil tindakan sebab ini biasa."Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada atas pentas, itu saja," katanya kepada BH.Nasharudin yang gagal mempertahankan jawatan kedua tertinggi PAS tahun lalu selepas kalah kepada pemimpin akar umbi Mohamad Sabu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan pendirian parti.Malah Ahli Parlimen Bachok itu pernah secara terbuka menyarankan PAS untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP yang secara terang-terangan menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud.Beliau semenjak itu dilihat cenderung kearah mengkritik halatuju PAS yang didakwa telah menyimpang daripada matlamat sebenar sejak menyertai gabungan Pakatan Rakyat.


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.