Selama ni, kita ingatkan hanya suami Kak Wan Omega sorang tu je yang suka berkurang ajar dengan pihak media ni. Cakap bukan main lagi menengking - nengking.
Kalau dah tak dapat nak jawab soalan tu, tak payah la nak marah - marah orang. Mengaku je la yang dia memang dah tak dapat nak jelaskan soalan yang ditanya.
Ini tidak. Bukan sahaja dia tak menghormati pihak media. Malah dia juga sanggup memberikan gelaran yang bukan - bukan kepada mereka.
Kalau macam tu la perangai Sang Suami kepada artis ni, jangan marah la kalau Si Isteri tu kurang mendapat sambutan dan publisti dari kalangan media. Baik suruh dia duduk je kat rumah, jangan jadi artis. Lagi senang!!!
SEBELUM ini memang SS pernah dengar cerita daripada rakan yang pernah menemubual artis wanita ini, suaminya memang kurang mesra media. Senang SS cakap, memang susah kalau pihak media ingin merakamkan gambar artis wanita ini bersama suaminya itu.Tapi, ramai juga pihak media yang menghormati pendirian suami artis itu kerana dia memang tak suka publisiti kerana baginya cukuplah jika isterinya seorang saja yang mendapat publisiti meluas kerana dia tidak terbabit dalam bidang seni.Namun, rupa-rupanya bukan setakat kurang mesra media, kata rakan SS, suami artis wanita ini juga kurang disenangi rakan setugas di pejabat tempat kerjakerana sikap buruknya yang suka memaki hamun kakitangan lain dengan bahasa kesat.Sikap suami artis wanita itu memang mengejutkan ramai pekerja kerana cakapnya memang kasar serta tiada budi bahasa langsung terutama pada pekerja baru. Mentang-mentanglah dia sudah senior tapi tak payahlah berlagak macam itu.Kata rakan SS, pantang pekerja baru buat silap sikit mulalah mulutnya keluar kata-kata kesat hingga nak tulis di ruangan ini pun SS berasa malu kerana habis semua dalam kain pun keluar.Lagi satu kata rakan SS, suami artis ini memang panas sangat dengan kakitangan ‘golongan lelaki lembut’ dan rakan SS pun tak tahulah kenapa dia benci sangat dengan golongan berkenaan.Apapun, kata rakan SS, sebagai orang baru, pekerja junior memang bersedia menerima teguran daripada suami artis itu yang memang senior di tempat kerja mereka tapi tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah.SS pula harap jika suami artis itu terbaca ruangan ini cepat-cepatlah buang tabiat buruk anda itu. Maklumlah, anda suami kepada artis popular yang menjadi kesayangan ramai.SS bimbang jika cerita buruk ini sampai ke pengetahuan peminat pasti ia memburukkan reputasi artis wanita itu sendiri nanti.
apa yg halalnyer beb?? 100% halal tu dichop kt tempat ter'tentu' jer... heeheehhee!!!
BalasPadam