Memang betul beb. Kalau diorang tak menipu, macam mana diorang harap nak menang Pilihan Raya Umum yang akan datang dan berdepan dengan Barisan Nasional.
Nak harapkan diorang ni bercakap benar? Mimpi je la!!! Semua orang pun tahu apa yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni buat. Setakat berjanji kosong je yang diorang mampu.
Tengok macam di Selangor. Berapa banyak janji - janji yang ditaburkan oleh Rejim Pakatan pimpinan Khalid Gagap tu yang tak dilaksanakan?
Bila ditanya kenapa tak buat semua janji tersebut, macam - macam la alasan yang diorang keluarkan. Termasuk la alasan yang hanya membodohkan rakyat.
Jadi, apa nak heran kalau puak - puak Pakatan ni menabur fitnah dan pembohongan mengatakan byang UPKO nak keluar Barisan? Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan ni memang TANDUS Idea!!! Itu pasal la diorang suka sangat menipu!!!
PENAMPANG - Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
"Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang.
"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya.
Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini hari ini.
Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.
Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: "Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media".
"Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat," katanya.- Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.