La ish!!! Apa pulak yang tak kena dengan Si Phahrolrazi ni? Kenapa pulak dia beria - ia benar nak marah pada Si Karpal Whilchar tu?
Bukan ke sebelum ini Si Nik Aziz tu pun ada keluarkan kenyataan yang sama? Kan Si Nik Aziz tu jugak pernah kata yang Air ni Anugerah Tuhan?
Habis, kenapa pulak yang Si Phahrolrazi nak mengamuk tak tentu arah ni? Dia tak pegang ke kata - kata Si Nik Aziz tu? Ke dia pun dah tak boleh terima cakap orang tua tu?
Nah!!! Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Diorang ni sebenarnya setakat cakap je pandai. Tapi bila buat, satu hapah pun diorang tak reti.
Tu baru memerintah Negeri. Macam mana diorang nak memerintah Negara kalau benda macam tu pun diorang tak mampu nak selesaikan?
Kalau hari tu, beria - ia sangat diorang hentam Kerajaan Pahang sebab nak menaikkan harga air mentah jika Projek Langat 2 tidak diteruskan seperti yang dirancang.
Macam - macam dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh puak - puak Pakatan tu. Sekarang, dah kena kat batang hidung sendiri. Baru Padan dengan muka diorang.
Tinggal lagi, dalam kenyataan Si Phahrolrazi ni nampak sangat yang dia lebih mementingkan duit daripada nak memberikan perkhidmatan secara percuma.
Kenapa dia tak nak bagi je air tu 'free' kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor? Kenapa pulak dia nak meniagakan air tu?
Hah!!! Kan nampak sangat diorang buat dasar pun tak sama. Sesama diorang pun dok asyik bertelagah sesama sendiri. Macam tu pun masih ada hati nak merampas Putrajaya ke? Memang jahanam la jawabnya!!!
ALOR SETAR 26 Nov. - Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan."Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar."Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Karpal yang menyindir kerajaan Pas Kedah dengan meminta supaya tidak menjadikan air sebagai satu perniagaan ekoran kemelut yang timbul antara Kedah dan Pulau Pinang berhubung isu air mentah.Pengerusi DAP itu hari ini dilaporkan sebagai berkata: "Air adalah anugerah Tuhan dan jangan jadikannya sebagai perniagaan."Phahrolrazi berkata, kerajaan Pas Kedah tetap berpegang dengan rancangannya untuk menjual bekalan air mentah kepada Pulau Pinang kerana telah memutuskan bahawa setiap liter air mentah yang dikeluarkan dari negeri ini harus dibayar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.