PAJAK bas, bukti Anuar Zain sayang peminat. Demi menghargai kasih sayang peminat setianya, pelantun Ajari Aku itu sanggup menyediakan pengangkutan bas pergi balik semasa konsert sambutan 30 tahun beliau dalam industri muzik.
Perjalanan ini bukan saja mengujakan bagi peminat-peminat yang berada di luar Kuala Lumpur, malah ia juga bukti keprihatinan dan sensitiviti Anuar kepada penyokong tegarnya.
“Bagi mengelakkan penonton luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan, pihak pengurusan saya memperkenalkan pakej khas di mana peminat boleh membeli tiket konsert berserta tiket bas untuk kemudahan mereka menghadiri konsert saya kelak.
“Pakej itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan destinasi yang disenaraikan. Jika sambutan yang diterima memberangsangkan sehingga mendesak pihak kami perlu menambah pengangkutan, fasa kedua akan diumumkan kemudian.
“Peminat perlu ke laman rasmi www.facebook.com/3Dekad1Destinasi, untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai bagaimana tempahan boleh dilakukan.
“Kami menyediakan pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi dan balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati,” katanya mengenai fasa pertama pakej itu yang meliputi kawasan Kota Bahru, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura.
Berbalik pada Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang bakal berlangsung pada 16 Februari 2013, di Stadium Putra Bukit Jalil, adalah satu momentum impian beliau dengan sokongan peminatnya selama 30 tahun berkelana dalam arena muzik dan ia menjadi lebih ‘mega’ apabila ia diraikan penuh bermakna bersama semua peminat yang datang seluruh pelusuk negara termasuk Singapura dan Brunei.
Walaupun leka mempersiapkan mental dan fizikal menempuh persembahannya, beliau mengharapkan konsert ini nanti menjadi satu penanda aras bukan saja sebagai ‘momen’ indah tetapi satu peristiwa, kenangan manis dan positif untuk semua tetamu pada malam itu.
“Ia biasa terjadi dalam persembahan saya sebelum ini yang mana ramai antara peminat saya akhirnya menjadi sahabat kerana sering kali bertemu dalam acara persembahan saya dan ada juga yang bertemu jodoh.
“Perkara yang sama inilah saya harapkan berlaku pada konsert saya nanti, bukan sekadar menoktahkan ia sebagai acara nyanyian saja,” katanya.
Ps: Tahan la dia sewa bas untuk kegunaan peminat. Tak de la macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Sewa bas untuk kegunaan diri sendiri. Bukannya untuk rakyat. Lepas tu, bawak Bas tu keliling Malaysia dok tabur fitnah tak tentu arah. Apa faedah diorang dapat tak tau la. Buat mengabihkan masa je!!!
SALAM PERJUANGAN
BalasPadamPohon dipautkan http://mrmontero.blogspot.com dalam blog tuan
Terima kasih