Khamis, Disember 13, 2012



PETALING JAYA – Sebuah pusat hiburan eksklusif berlokasi di Dataran Sunway, Kota Damansara dekat di sini dikesan menggunakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing untuk menarik pelanggan.

Dalam serbuan yang dilakukan malam kelmarin, pihak Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman berjaya memberkas 11 GRO terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Filipina.

Ketua Operasi, Inspektor Muhammad Mohd Jais berkata, serbuan dilakukan hasil risikan yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

Menurutnya, siasatan mendapati pusat hiburan itu masih mendapat sambutan meskipun bayaran perkhidmatan GRO yang dikenakan mencecah RM300 hingga RM600 semalam.

“Kita mendapati GRO yang bekerja di sini turut menawarkan perkhidmatan seks dan  pelanggan bebas membawa mereka keluar dengan syarat perlu membayar wang tambahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, ke semua wanita berusia 20 hingga 37 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial serta ada yang menggunakan pas pelajar.

"Pemilik pusat hiburan berusia 52 tahun turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan turut melibatkan 15 pelanggan yang berada di dalam premis terbabit," katanya.

Ke semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping