Isnin, Disember 10, 2012


GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa cuba menukar topik dengan mengaitkan isu-isu lain serta individu lain dalam menjawab persoalan berhubung tanah di Taman Manggis.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng bertindak demikian kerana takut untuk menyahut cabaran berdialog berhubung isu berkenaan.

“Dengan tindakannya itu, ia terbukti bahawa dia takut dengan bukti dan cabaran dialog yang akan diadili dalam ‘mahkamah rakyat’ oleh media.

“Kenyataannya bahawa dia akan buktikan di mahkamah juga adalah untuk mengelak daripada rakyat mengadilinya sebelum pilihanraya nanti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Guan Eng juga dilihat cuba memutar belit isu dan cuba tukar topik dengan mengheret isu lain dan individu lain yang tidak ada kaitan langsung dengan isu Taman Manggis.

“Saya bersama Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng telah mengatakan bahawa dia telah menerima rasuah bukan 'wang rasuah' seperti yang dijelaskan. Dia perlu tahu bahawa rasuah juga merangkumi skop 'penyalahgunaan kuasa' dan 'pecah amanah'.

“Persoalan banglo mewah yang disewanya daripada salah seorang pengarah berkepentingan dalam Kumpulan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) masih belum terjawab,” katanya.

Menurutnya, kenyataan bahawa KLIDC telah diterima kerana tawaran harga paling tinggi juga adalah bukti bahawa Guan Eng telah menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan pembinaan hotel 19 tingkat di bahagian atas hospital berkenaan.

“Ini adalah kerana tiada kenyataan bahawa pemaju lain dibenarkan membina hotel dalam proses tender. Ini jelas menunjukkan bahawa ada  berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam proses tender. Kenyataan ini telah berulang kali dikemukakan kepada dia tetapi dia masih mendiamkan diri.

“Mengenai kononnya dia mempunyai komitmen politik untuk menghapuskan rasuah juga adalah retorik politik dan gimik politiknya untuk pilihanraya akan datang,” katanya.

Shaik Hussein berkata, beliau boleh membuktikan bahawa hampir semua tender terbuka yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka.

“Saya boleh buktikan dengan fakta dan undang-undang bahawa hampir kesemua tender terbuka yang dilaksanakan olehnya melalui CMI termasuk tender Taman Manggis tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka berdasarkan undang-undang.

“Kenyataan bahawa saya enggan minta maaf sebelum ini telah saya perjelaskan kerana didapati bahawa video majlis DAP yang mengandungi ucapan Ketua Menteri itu telah dipalsukan sepertimana video (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Jika DAP mendakwa bahawa video Anwar Ibrahim boleh dipalsukan, maka tidak mustahil DAP mampu memalsukan video lain juga,” katanya.


Ps: Kan Semut dah cakap dah sebelum ni. Si Guan Eng Biawak ni hanya akan terima undangan sekiranya ada awek Taiwan tu. Kalau tak de, jangan harap la dia nak nampak muka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping