Isnin, Disember 24, 2012


Tergelak tengok Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man halakan senapang kepada UMNO dalam isu Amanat Haji Hadi.

Kononnya serangan terhadap Presiden PAS itu sebab ura-ura nama Hadi dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu kaitkan semua itu adalah usaha UMNO kononnya akan sekat sesiapa saja yang digambarkan bakal jadi PM.

Tuan Ibrahim beri contoh dengan mendakwa kerajaan tentang habis-habisan pengasas Al Arqam, Ashaari Muhamad yang mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Menurutnya,walaupun diakui  ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita Ashaari untuk menjadi Perdana Menteri.

Itu cerita Tuan Ibrahim...tetapi sesiapa yang ikut perkembangannya, beliau sudah banyak berubah sejak kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti itu.

Beliau lebih banyak jadi ‘yes man’, ikut dan akur serta sokong saja apa isu berkaitan DAP dan PKR.

Kalau dulu namanya tiada dalam geng Anwarinas, sekarang mungkin top ten. Sepatutnya, Tuan Ibrahim fikir panjang-panjang sebelum nak hala senapangnya pada UMNO.

Beliau patut tahu, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi, tentunya UMNO lebih rela terima Presiden PAS itu jika ditakdirkan pembangkang menang PRU ke 13.

Inilah tunjuk Tuan Ibrahim tidak cerdik tetapi kerana sudah jadi Ketua Penerangan PAS Pusat, itulah tiket untuknya bercakap.

Mungkin nak tunjuk beliau bela bossnya Haji Hadi.

Namun sayang, muncung senapang kini betul-betul menghala ke mukanya, Hadi,  Musyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang beria-ia pertahan Amanat Haji Hadi.

Kalau ya pun, cari lah alasan lain kerana modus operandi menyalahkan UMNO dalam semua hal sudah tak laku dan tak boleh pakai lagi.

Sepatutnya, Tuan Ibrahim risau peluang Hadi yang semakin nipis untuk jadi PM jika terus berkeras enggan menarik balik amanat itu.

Sebagai orang agama, Tuan Ibrahim patut tahu, mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah sifat terpuji dan dituntut dalam Islam.

Justeru itu, tidak salah Hadi menarik semula amanat itu kerana sudah macam-macam perkara babitkan perpecahan antara orang PAS dan UMNO padahal ke semuanya Melayu dan beragama Islam.

Ingatlah, soal amanat ini bukan soal tentukan siapa jadi PM tetapi untuk tentukan umat Islam di negara ini tidak terus berpecah atas sebab politik suku –agama suku! -20/12/2012 OLEH ROSLAN BIAN

Ps: Ingatkan, Ketua Penerangan PAS yang dulu je bengong. Rupanya, yang baru ni pun sama jugak. Masing - masing tak boleh pakai belaka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping