KISAH artis ‘kekwat’ perkara biasa sampaikan CAK dah malas nak layan. Biasalah, kalau orang dah ‘kekwat’, jangan harap ada yang nak ambil tahu, kan?
Mujur CAK ada keprihatinan nak tegur sikit pasal seorang artis baru yang suka sangat bawak budaya ‘kekwat’.
Nak dijadikan cerita, teman CAK mengadakan sesi fotografi dengan dua artis wanita baru yang bernaung di bawah syarikat pengurusan artis popular.
Dua-dua sama cantik dan boleh jadi igauan jejaka. Sayangnya seorang daripada artis itu tak berapa nak berbudi bahasa sangat dengan teman CAK.
Sampaikan teman CAK tertanya pada diri sendiri, apa yang tak kena dengan artis tu? Atau adakah teman CAK ada buat salah dengannya sampai buat endah tak endah dengan kedatangan teman CAK untuk promosi wajahnya di surat khabar tempat teman CAK bekerja?
Kata teman CAK, dari mula tunjuk muka sampailah sesi fotografi, jangan katakan nak senyum atau menghulur tangan bersalam perkenalkan diri, pandang muka teman CAK pun tidak!
Teman jurufoto CAK pun sampai nak meluat dengan gelagat artis baru tu. Ya lah! Nak kata dah ‘femes’, filem pun tak jalan lagi, drama pun suam-suam kuku saja.
Namun ‘kekwat’nya macam dah berlakon berpuluh filem dan drama! CAK nak pesan sikit pada cik adik cantik tu.
Sebagai orang baru dalam industri, tak salah pun kalau maniskan sikit muka cantik kurniaan Allah dengan senyuman. Kalau iya pun, segan atau malu tegur teman CAK, takkan nak senyum pun susah.
Pesanan ini bukan untuk artis tu saja ya! Malah, terbuka buat semua artis baru dan lama dalam industri. Yalah, bila media berasa senang dengan artis, barulah wujud hubungan sihat lagi mesra dalam industri.
Ps: Jenis orang yang tak sedar diri ni memang susah. Sama la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Sibuk dok mendabik dada nak kata yang diorang tu banyak berbakti kepada rakyat. Tapi hakikatnya, macam Gampang!!! Satu hapah pun diorang tak buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.