Pergh!!! Ini kalau puak - puak DAPigs tu tau, dah tentu - tentu diorangakan mengamuk macam isu salon gunting rambut tu ek.
Mana tidaknya. Kalau isu pasal salon gunting rambut tu diorang boleh kata ianya pasal pengasingan gender, kenapa pulak isu ni berlainan?
Pun lebih kurang sama jugak. Dulu, masa timbul isu judi Bolasepak, diorang beria - ia hentam pihak Kerajaan. Tapi, kenapa diorang tak desak suruh tutup kasino Genting?
Kenapa bila isu tu ditimbulkan oleh PAS, DAPigs tak turut serta buat desakan sedangkan dalam isu judi Bolasepak, diorang beria - ia bising tak tentu arah?
Nampak sangat yang diorang ni pun tak tetap pendirian. Setakat bercakap pun main ikut sedap mulut je. Semuanya demi kepentingan Politik. Bukannya diorang buat untuk rakyat pun!!!
KUALA LUMPUR: Bagi menarik tahi judi wanita, sebuah pusat judi Internet di Plaza Pudu, di sini, dikesan menyediakan bilik khas dilengkapi sofa merah jambu sesuai dengan warna kelembutan golongan berkenaan.Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar kelmarin hasil operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di enam premis judi Internet di kawasan berkenaan bermula jam 9.30 malam.Operasi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani itu membawa kepada penahanan sembilan tahi judi wanita, seorang daripadanya berusia lewat 50-an.Amir berkata, hasil risikan pihaknya, enam premis berkenaan diserbu secara serentak dan ratusan alat komputer judi dirampas bersama wang tunai berjumlah RM4,979.Menurutnya, siasatan mendapati sebuah daripada premis itu menyediakan suasana kondusif dan bilik khas selesa untuk kaki judi wanita.“Pemilik premis sanggup menghabiskan wang menyediakan ruang berjudi eksklusif, selain menyediakan ruang berasingan antara lelaki dan wanita mengikut kesesuaian mereka.“Selain itu, makanan seperti nasi lemak dan minuman disediakan kepada pelanggan bagi memastikan mereka berjudi lebih lama di premis itu,” katanya.Beliau berkata, turut ditahan 10 penjaga premis dan puluhan tahi judi lelaki, manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.