Apa nak herannya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Takkan mungkin la diorang nak mengakui kesilapan mereka sendiri.
Kalau kita soal diorang depan - depan, mati hidup semula pun diorang takkan mengaku. Kalau mengaku, memang kira bagus sangat diorang ni.
Tinggal lagi, tindakan yang diorang buat dengan mengelakkan diri dari disoal seperti itu membuktikan bahawa memang diorang tak buat kerja.
Dia seolah - olah telah membogelkan diri dia sendiri. Lepas tu, dia tuduh la orang lain pulak yang salah. Walhal, semua tu adalah keGAGALan dia sendiri.
Tak payah la nak soal kenapa sebab memang diorang tak reti. Itu je jawapannya. Diorang tak reti nak buat kerja. Yang diorang tau menipu je kerjanya.
Jadi, untuk apa orang macam ni wajar dipilih sebagai pemimpin kalau apa yang dia tau buat hanya sekadar bercakap je kerjanya? Setakat bercakap, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
NIBONG TEBAL: Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mansor Othman enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan gagal melaksanakan tanggungjawab dalam membela nasib 600 ribu masyarakat Melayu di negeri ini.Selain Mansor, seorang lagi exco kerajaan negeri Abdul Malik Abdul Kassim turut berdepan kritikan sama yang dilemparkan Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).Ketika ditemui AntaraPos semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang Awam Majlis Perbandaran Jawi di sini malam tadi, Mansor yang juga Pengerusi PKR negeri mengelak apabila diajukan persoalan tersebut.Sebaliknya beliau terus bergegas ke pentas utama untuk menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 1,000 orang.Turut hadir sama dalam program itu Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Abdul Malik dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri.Presiden KMPP Rahmad Isahak sebelum ini melahirkan rasa kecewa terhadap Anwar kerana tidak memantau perkembangan kedua-dua anak buahnya itu di dalam pentadbiran negeri, apatah lagi beliau sendiri merupakan anak jati Pulau Pinang.“Apa yang terjadi hari ini ialah kita hanya mempunyai dua orang ahli Exco (Melayu iaitu) daripada parti PKR yang saya gelarkan mereka ini sebagai ‘Double M’ iaitu Mansor dan Malik Kassim.“Dia (Anwar) ini banyak kelibat dia di peringkat pusat. Dia mengharapkan dua Exconya di Pulau Pinang, tetapi pemantauan agak kurang. Sepatutnya dia kena beri kelebihan kepada anak Pulau Pinang, dia juga anak jati Pulau Pinang, dia kena bagi kelebihan di sini," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.