Masih tak sedar diri jugak rupanya diorang ni. Masih jugak nak menafikan dakwaan yang dibuat secara terang - terangan.
Sekarang dah ada bukti. Diorang nak kata apa lagi? Masih nak memberikan alasan yang bukan - bukan? Setakat cakap je, baik tak payah.
Kalau dulu, pandai sangat ambik tindakan. Sekarang, apa dah jadi? Dah kecut telur? Kalau diorang betul berada dikalangan orang yang benar, ambik la tindakan. Setakat bercakap je buat apa. Mengabihkan masa je!!!
KAJANG: Bekas ahli DAP, Tan Tuan Tat hari ini mengemukakan beberapa surat sebagai bukti bahawa pihaknya pernah memohon bantuan daripada kerajaan negeri Selangor berhubung usaha untuk menyelamatkan kuil Sri Maha Mariamman, Sepang.Malah, Tan berkata pihaknya telah menghantar tiga buah pucuk surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Dr Xavier Jayakumar serta Teresa Kok, meminta untuk mengadakan temu janji untuk mencari jalan penyelesaian.Katanya, kesemua surat tersebut telah dihantar sejak 11 Januari dan Mac lalu ketika Tan masih lagi menjadi ahli DAP."Sewaktu semua surat itu ditulis, saya dan pengerusi kuil masih lagi ahli DAP pada waktu itu."Pada 11 Januari saya meminta untuk mengadakan temu janji dengan pihak Menteri Besar namun tidak dilayan. Saya juga menghantar surat kepada Exco, Xavier dan Teresa Kok namun tiada siapa ambil peduli," katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Xavier yang mendakwa beliau dibayar untuk mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.Minggu lalu, Tan mendakwa sebuah lagi kuil Hindu berusia hampir 150 tahun akan menjadi sasaran terbaru kerajaan Selangor untuk dirobohkan.Tan berkata kuil yang terletak di Ladang Teluk Merbau itu telah dibina pada zaman kolonial British itu kini berhadapan dengan masalah yang sama seperti kuil di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.Malah, katanya pihak jawatankuasa kuil tersebut juga sudah beberapa kali menulis surat kepada Khalid dan Exco Selangor sejak setahun lalu namun belum ada respon positif.Dalam pada itu, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, R Vellasamy yang turut menyertai sidang media berkata pemilik tanah terbabit Hap Seng Consolidated Berhad juga telah mengeluarkan notis arahan berpindah kepada pihak kuil pada April 2011, bagaimanapun menangguhkannya atas alasan tertentu."Hap Seng sudah beri surat untuk robohkan kuil. Bila kita hantar surat kepada mereka (kerajaan negeri), seorang pun tidak mahu tolong."Dahulu sebelum 2008, pernah janji untuk selamatkan kuil ini kerana pada waktu itu mereka tiada tempat untuk mesyuarat. Jadi mereka guna kuil ini sebagai tempat mesyuarat," katanya.
Ps: Setiap pendedahan yang dibuat, umpama pembogelan terhadap Pakatan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.